banyak memori kat situ.housemate baru,roomate baru,negeri baru serta suasana baru.semua baru lah.ni rumah i mean kolej,yang amna dapat time tamhidi.masa daftar kemain pakat pakat dengan schoolmates sume datang masa sama dengan harapan dapat kolej sama.hmmphh !! hampeh je.x dapat pun ! aja ngan yanie je yang dapat 1 rumah.yang lain sume lain lain.x aci kan aja ngan yanie.dah la dapat satu rumah,kelas sama even kelas tutorial mereka sama.jodoh.haha.amna sorang je yang kelas kuliah lain.x kesah la.act,nak cite pasal D3-6 lah,ape lah melalut cite pasal lain =.=
amna dapat lima orang housemates yang sangat ohsem dan hensem.eh ! jelita ^^
meh amna cite satu satu housemates amna ni.mereka ni ada special characteristics tau.sangat menarik (gaye macam nak promote produk je )
DALILA DIYANA BT YAZID
dia ni anak jati terengganu,sangat bekeng ! haha..tp naluri ibu dia tetap ohsem ! pandai masak pulak tu ! haha
suke bebel kat amna suruh mandi.hehe,comel lah dia bebel.kadang kadang amna tak paham dia cakap ape.tp layan jelah.dia bawak myvi putih masa sem 2.so selalu lah amna suruh dia ambik kat ktm tiap tiap weekend yang amna balik (act takde lah tiap tiap weekend amna balik) tenkiu dalila :) time study memang terperap kat bilik lah.tp amna suka tanya dia chemistry :) dan juga math :) thanks dalila untuk semua ilmu yang anda share dengan saya.semoga menjadi doktor gigi yang sentiasa tersenyum dan berkhidmat ikhlas untuk masyarakat :)
Dr Dalila Diyana Bt Yazid :) |
NUR HASYIMAH BT ROZIAN
lagi sorang anak jati terengganu.dia sangat sweet tahu tak.hehe.comel macam kakak dia jugak.hee..syimoh mesti malu malu kan sekarang amna puji ? dia tak bekeng macam dalila.hari first amna datang nilam (nama kolej ) petang tu lepas amna babai babai parents dengan muka eksaited, nak balik umah,amna naik lah kat d3-6 nak siap siap pergi orentasi tetiba amna nampak ada sorang housemate amna nangis..hohoho..syimoh rupanya.dia tak pernah duduk asrama before ni.comel kan syimoh ni.hehe.syimah ni suka layan lagu lagu lama.suria fm feveret dia.selalu karaoke kat sebelah time study maklumlah meja study dia sebelah meja amna.hehe.thanks syimah
untuk ilmu yang syimah share kat amna sepanjang satu tahun belajar sama :) semoga menjadi doktor gigi yang cemerlang gemilang dunia akhirat :) dah pindah pandan sila lah jenguk jenguk amna kat nilai :)
Dr Nur Hasyimah Bt Rozian |
ASMA' BT TAJUDDIN
abi ~ haha.teringat tamsil arab.asma' duduk terengganu tapi dia anak jati johor.haih.sangat lah sopan dan pemalu.amna pun jadi malu tau.hehe.dia sangat sweet with her niqab.pandai masak tau ! jeles i.masak apa pun boleh.dia ni suka sangat pedas pedas.selalu makan lauk ikan keli pakcik kat luar pagar tu amna sampai nangis nangis makan sebab terlalu pedas,dia buat muka innocent je makan.tak pedas langsung ke ? dan dia ni tak suka gelap,lipas dan juga penakut.hehe.tido mesti kena pasang lampu sebab takut katanya.then dia ni pun suka tidur kat bawah, i mean bukan kat atas katil yang empuk tilamnya tu.yeke ? haha..btw,dia classmate amna jugak.selalu kalau ada cancel kelas ke apa apa information pasal kelas amna tanya dia je lah.thanks ye asma' sebab jadi housemate,classmate dan juga sahabat amna :) semoga berjaya dalam apa juga bidang yang asma' ambil :) nak ambik biotech kan ? good luck !! ada rezeki boleh sama fakulti :)
so sweet ^^ |
SHAFATIN BT MOHD ZAHAR
eden koba kat kau dio ni anok jati nogori sombilan ni haa..jadi tak sha ? haha..dia ni baby kat d3-6 ni haa..dia ni klakar dan happening je memanjang.perangai macam kanak kanak.tapi dengan adanya si sha ni rumah kitorang selalu bergelak ketawa.haha.ntah pape.bila dengar lagu yana ngan sam tu amna mesti teringat kat sha.sebab dia minat giler kat lagu tu.bila weekend mesti ajak keluar,tak kisah la.tesco ke,giant ke,makan kat luar ke.x pun dia mesti ikut dalila ambik amna kat ktm :) kuat jalan dia ni.tak leh duk diam.haha.dia ni suka korea jugak macam amna.so ada geng lah nak tengok cite korea.hehe.katil.loker dan juga bilik dia sangat kemas.cantik ^^ amna doakan sha jadi akauntan yang cemerlang :) jangan lupakan amna ye..hehe. good luck and thanks for everything sha.thanks for the happy and sweet moments,biskuts,sabun basuh,milo,megi dan apa apa je lah :) pakai tau rantai amna bagi tu ^^
cik akauntan kite ^^ |
wafa' for short.very nice person.sangat baik hati.comel.lemah lembut.roomate amna :) dia duduk johor.suka cakap sori.nasib baik dia ok je tidur dalam gelap.hehe.amna takleh tido kalau ada lampu,mesti kena tempat gelap.dan wafa' able untuk tido dalam keadaan macam itu ! seronok sangat dan sangat lena tido.haha.diet dia sangat sihat dan amna tak mampu nak follow.dia suka belanja kitorang satu rumah makan.sweet kan ? amna selalu jugak tanya tanya dia math :) bio :) dia terangkan bio kat amna macam schoolmate amna dulu (nabila azmi ) seronok sangat ! hehe.semoga jadi doktor yang hebat di mata masyarakat dan juga sang pencipta ! jangan lupa visit amna kat nilai tau ! thanks untuk ilmu yang wafa' share kat amna dan juga untuk segalanya :)
Dr Wafa' Raqeema Bt Rosman :) |
sweet kan mereka semua ni.alhamdulillah amna dapat housemates sangat baik dan selalu tegur tegur.T___T sedih pulak ! hehe..good luck semua.jangan lupekan amna yer ! hehe..kahwin jemput tau ! thanks for the memories .
meh review sikit aktiviti kitorang
during study week sem 2 |
mereka comel ^^ |
miss them :( |
our kitchen :) |
solat jemaah lebih afdal ^^ |
dinner :) |
menu during study week :) |
ukhuwah fillah abadan abada !
No comments:
Post a Comment