Saturday 24 November 2012

red velvet by velvet cempaka :)

so sweet la tajuk ni.hewhewhew =="

ok,kaif haluk ?

amna nak share resepi red velvet yang sedap macam eskem magnum tu.haha.tipu ! 


BAHAN A
250gm tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
15gm serbuk koko
113gm mentega
300gm gula pasir
2 biji telur Gred A
1 sudu kecil esen vanilla
240ml buttermilk (amna buat buttermilk sendiri =240ml susu segar (dutchlady yang kotak tu) + 1 sudu besar cuka makanan)
2 sudu besar pewarna merah bright red

BAHAN B
1 sudu kecil cuka makanan
1 sudu kecil baking soda

CARA CARA
1. panaskan oven pada suhu 175C.alas dan gris 2 loyang bulat 9".ketepikan
2. ayak bersama tepung,garam dan serbuk koko.ketepikan
3. pukul mentega dan gula hingga kembang dan putih.masukkan telur satu persatu,pukul hingga sebati.srap tepi mangkuk,tambahkan esen vanila dan pukul hingga rata.
4. satukn buttermilk dan perwarna merah.kacau hingga rata.masukkan ke dalam adunan mentega sedikit demi sedikit berselang seli dengan tepung sambil di putar perlahan sehingga habis.
5. tuang adunan ke dalam bekas yang lain.ketepikan
6. satukan bahan B dalam bekas kecil,biarkan berbuih dengan cepat tuangkan ke dalam adunan tadi.kaup balikkan hingga rata
7. tuang adunan ke dalam 2 loyang yang disediakan.ratakan permukaannya dengan spatula atau belakang sudu.bakar di rak tengah selama 25-30 minit.sejikkan ke di atas redai.
8. apabila kek telah sejuk,bungkus dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam atau lebih(supaya lebih mudah menyapu filing atau frosting di atasnya)

CREAM CHEESE FROSTING
500gm cream cheese
100gm mentega
200gm gula icing,ayak
1 sudu teh esen vanilla
4 sudu besar heavy cream

CARA CARA
1. satukan cream cheese dalam mixer.putar hingga licin dan lembut.masukkan esen vanilla dan gula.pukul hingga sebati.alihkan ke dalam bekas yang lain.
2.pukul heavy cream hingg kental.kemudian kaup balikkan ke dalam adunan cheese sedikit demi sedikit hingga bergaul rata.jika adunan frosting agak cair,bungkus dan simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam atau sehingga adunan cukup kental untuk di sapu.

LAST PART
1. keluarkan kek,potong setiap satu kepada 2 lapisan.jadikan 4 lapisan (sukati korang la nak jadi bape lapisan pun asal kek tak hancur)
2. letak satu lapisan kek di atas papan kek dengan permukaan atas kek berada di bawah.sapu dengan frosting sehinng rata.letakkan sekeping kek di atasnya,sapu frosting dan ulangi sehinng semua lapisan habis
3. akhir sekali sapu dengan frosting keseluruhan kek dan hias mengikut suka.simpan dalam peti sejuk before potong.
4.siap ^^

so selamat mencuba :) sedap weh kek ni.pasni kita buat kek rainbow pulak eh.hehe

Friday 23 November 2012

sharing is caring

fuh fuh fuh.

assalamualaikum ! 

lama gila baq hang aku tak hapdate belog kecintaan.heh.bizi lah tak sempat nk hapdate.ceh,bajet ade orang bace je kan belog amna ni? 

sejak doplohlapan menjak ni,tak sempat nk hapdate sebab line kat bilik amna tu paham paham je lah,lambat kemain macam siput sedut jah.hewhewhew.

okay ape nak cite ni?em oh ya ! amna nak share sikit pasal bidang yang berkaitan dengan apa yang amna belaja sekarang dengan kehidupan kita.sape reti buat kek?angkat tangan!amna!amna! ahh diam kau amna.ok meh amna cite kat korang,sebenarnya amna amek dari group mukabuku je artikel ni.ade seniorita senior share.jom baca jom ! lagi lagi kat sesape yang suka buat kek macam amna.

KORANG TAU TAK PASAL WHEY ?

Whey adalah bahan yang dipisahkan daripada pepejal susu semasa dalam penghasilan keju.
Untuk menentukan samada halal atau sebaliknya perlulah melihat kepada sumber 
enzim/rennet yang digunakan untuk mengental susu menjadi keju.Jika sumber rennet untuk menghasilkan keju adalah dari sumber yg haram... maka whey yg
dihasilkan juga adalah haram...
Maka, secara dasarnya whey adalah produk yg meragukan@syubhah.. Wajib dipastikanproduk yang mengandungi whey mendapat pengesahan halal yg sah dan diiktiraf.


Whey terkandung di dalam produk2 spt susu tepung(lelemak susu), biskut, coklat dsbnya...Bagi body builder, whey protein yg diambil di dalam diet pemakanan adalah wajib
dipastikan status halal produk tersebut daripada Badan Islam yang diiktiraf.



paham tak korang ? ni ade lagi satu,pasal CREAM OF TARTAR

Cream of tartar adalah bahan yang terhasil dari jus anggur dalam proses pembuatan arak
wine @ keladak didalam tong pemeraman wine.
Nama asalnya adalah Potassium bitartrate.Pada masa kini terdapat kaedah penghasilan cream of tartar tanpa melalui proses
pemeraman wine, hnya melalui proses jus anggur tanpa fermentasi.


Walaupun ada kaedah pemprosesan yang halal, terdapat juga yang ada dipasaran adalah
byproduct dari wine dan pastinya hukumnya haram. Bila ada yang halal dan ada yang haram, maka bahan ini adalah syubhah...


Produk ini digunakan di dalam kebanyakan produk bakeri.Kepada pengusaha produk bakeri, wajib memastikan cream of tartar yang anda gunakan
mempunyai pengesahan halal yang sah dan diiktiraf...


Jika dijual dalam bentuk repacked, seperti biasa, minta bungkusan asal dan juga sijil
halalnya ^^



huuu.see banyak lagi yang kita perlu kaji pasal makanan ni.hmm.sikit sikit kita dapat tahu.and nanti kalau ade ape ape lagi amna share lagi ye :) so hati hati lah nak membeli tu ye :) amna sekarang macam kurang gemar nak beli kek kat kedai sebab amna lebih suka buat sendiri sebab amna tahu ape yang amna guna time bake tu.so takde lah ragu ragu :) sekian terima kasih.