Wednesday 29 August 2012

LOMOGRAPHY :)

hello people :)

kemain.selalu bagi salam.hee,assalamualaikum.

ok sebenarnya dah lama nak hapdate pasal ni tapi malas and tak tahu.seharian tadi usha pasal lomo ni.serius menarik hati jantung dan limpa amna *hiperbola sungguh*

kenapa amna jatuh hati dengan camera lomo ni? sebab sebab dia beeeessssttttt !!! eeeiiww maced sikit

meh usha camera lomo ni.amna nak beli.tapi tengah usha usha bersama abang amna.*ayat kemain*amna nak beli yang diana f+ tuu.tapi mahal.so mak amna pun cakap beli yang biase biase dulu.sebab camera lomo ni manual.guna filem lah.and amna baru nak berjinak jinak dengan lomo kan.kalau dah hebat boleh la beli yang hebat.cehh.abang amna cakap nanti dia tanya kawan dia sebab kawan dia ade guna lomo camera ni.so nanti ape ape hal senang lah.fyi,lomo camera is the brand new DSLR !! bukan adik beradik tapi gambar dia tak payah susah susah nak edit dah.tiptop youu ! nak kumpul duit beli NIKON D3200 kemain lama pulak.kempunan nak snap sana sini.so lomo camera ni tak mahal sangat macam DSLR lah.mampu milik ah.sape sape yang guna iphone tu boleh je nak lomo guna iphone korang ! beli jelly lens then tepek kat camera nanti gamba yang korang amek tu jadi effect lomo ah.ohsem weiii.ni nak beli iphone ni! setakat yang amna survey ni jelly lens ni dia jual twelve pcs dengan harga RM 68 je.kira murah laa.korang boleh lomo.again.BOLEH LOMO guna IPHONE jeeee.hew.*jeles tahu*each lens effect lain lah.cam fisheye ke,hape ke.

tu lah jelly lens :)
lomo camera ni banyak jenis actually.so new beginner macam amna ni kena pilih camera betul betul lah.tengok effect mana yang kita berkenan then baru cari camera.kira kena survey dulu lah sebelum nak beli.kalau main beli je tak guna jugak sebab tak tahu guna at the end.

AQUAPIX LOMO


paling comel dihatikuuu,waterproof

LA SARDINA



BLACKBIRD FLY

macam ade je kat umah ? abah punya.hew

FROGEYE


DIANA F+



FISHEYE


ok penat nak upload dah.banyak lagiii.amna kena survey and research dulu pasal lomo ni before beli so bila dah dapat boleh terus snap snap snap ! hew.tak sabar nak ade satu.berkenan dengan DIANA F+.kalau tak dapat yang fisheye pon hokay,tak dapat jugak aquapix pon hokay.yang penting nak satu !! haaa.dah abah minat camera,abang pun minat amna pon join lah kan.

nak tahu lebih lanjut usha sini :) *sedang berbahagia usha lomo and menghitung hari nak beli* HAHA.

Sunday 26 August 2012

barakallahulakuma !!

salam alaykum !

heee.excited gila wei.huu.kawan amna ade yang dah tunang ! 


comel kan si kecik ni :) tahniah kecik.
TAHNIAH ATIKAH AZMAN *jogetjoget* -classmate merangkap geng amna time tamhidi satu tahun.hehehe.

alhamdulillah.member first amna yang tunang officially :) barakallahulakuma tikah and encik tunang !
ini atikah yang comel selamat bertunang sudah :)
taken !
kecik,pasni kena maced sikit.tak lama lagi jadi isteri orang,hehe,walimah jangan lupa jemput :)

sori amna amek gamba dari fesbuk je.dia ni tunang senyap senyap je.hew~ amna bila lagi?ehh?

Friday 24 August 2012

RAYA #part three

again.and maybe the last post about RAYA.

arini sekali lagi amna pergi beraya dengan kengkawan.amboi kemain kau beraya sakan.HAHA.bila lagi nak sakan kan?pasni sibuk study pulak.semalam tak sempat round sungai besar.so arini lah.itupun tak habis jugak =="

so sekali lagi drive untuk beraya.haha.lelama macam dah pro pulak drive.hehehehe.tak payah nak over !

and amna rasa kali ni entri tepek gamba bebanyak ! HAHA.malas nak taiptaippp.gambar ni akan bercerita :) tenkiu Nikon ! 

riang ria raya 2012
us with ustazah buniamin & ustaz KZ :)
us with cikgu isma :)




us with cici :) *dia masak nasi arab wei*
amna cuba sedaya upaya buat muka hodoh macam erma ni tapi tak boleh :(
nampaknya amna paling rendang disitu =="

RAYA #part two

again.cerita pasal raya.TAPII.kali ni laagii ohsem.sebab sebab *dah tak payah nak gedik sangat* 

raya kelima,kami,batch19sliss buat baraan.seriusly tahun ni punya sangat ohsem tahap lapanbelasratus! semua drive kete termasuklah amna dah takde bawak moto.hew.amna kire kire ade lah nambelas bijik kete.ke patbelas tah.tapi belasbelas lah jugak.dan mostly kereta tu penuh! so berapa ramai umat yang join kan?tengok gaya macam rombongan nak meminang cik kiah HAHA.berderet deret kereta oii.seronokk sangat.

lagi.ini first time jugak amna drive jauh jauh.maklomlah baru dapat lesen.naik kereta auto pulak tu.kemain lagi kan.kemain.siap sesat sesat lagi tu.redah je laa,nasib baik jugak amna ade co-pilot.tenkiu lah yanie :) kalau bab kena melintas jalan empat line bagi dia drive.HAHA.tuka tuka driver takde lah penat sangat.

ok jom tengok gamba :) mentang mentang guna diselar.HAHA.sampai patratus gambar amna snap.
ni gamba kat umah kerel kot.muka semua dah penat tu
suka gamba ni ! 
amende zarep ? HAHA
ok ini gamba huduh =.=
me with cik gojes :)
*teheee*
mereka
the guyss 
tuka driver,self cam !!
feveret amek gamba dengan emma latop ni.HAHA


sini semua cantik jelita :)
ramai jugak ahli bina badan sini.HAHAHA.

dah,malas nak upload.ngantuk.hmm.seriusly seronok!suka lah tengok member member dah besar.ade yang kurus,mokmok,cantik,hensem,jelita,ohsem.HAHA.tahun depan buat lagi eh?bia sampai lapanbelasratus kete pon takpe yang penting jangan bagi fathiy depan.dia bawak jalan sesat,HAHAHA.korang memang ohsem lah batch19 :) *jogetjoget*

RAYA #part one

assalamualaikum kengkawan :)

ok amna nak hapdate pasal raya ! seriusly raya tahun ni best lah.femili amna pakai baju sedondon.HAHA.before ni tak pernah lagi lah.disebabkan tahun ni amna kat rumah amna yang buat desicion baju kale ape.WAJIB ! haha.sebab nanti nak amek gamba cantik lah sikit kan.hew~
sebenarnya amna ada satu kampung je sekarang kat sebelah emak amna.yang sebelah abah amna ade kampung tapi atok nenek dah meninggal.so tiap tiap tahun raya kat kampung mak amna lah kan.tapi kalau adik beradik abah nak gather balik je kampung.rumah kampung masih terjaga rapi :)

ok malas nak taip panjang berjela.tengok gamba ah.sebab gamba banyak sangat sampai lapanbelasjuta dah tak tahu nak tepek mana.nak letak kat fesbuk malu aih.heeee.

moh tengok !


*buat muka comel sikit* HAHA
femili cheyan :)
cut alya :)
this one embah amna yang seporting !
see see ! oh my sweetheart :)
the siblings :)
adoii lah kakak adik ngan abang amna nih.semangat posing.hesh
my femili with embah :) 
femili besar ! *err tak besar mana pun kan :) *
udah le wei.malas pulak teman nak upload bebanyak ni haaa.kemain banyak gamba nyer.haha.sampai sini dulu.tata.titi.tutu.nanti amna hapdate baraan pulak!

Saturday 18 August 2012

Selamat Hari Raya !!

motiff edit gamba teddy wish hari raya kan ?

assalamualaikum.

sebenarnya amna tengah sebok sebok buat red velvet ni *sambil tengah denga jiran sebelah drill rumah tak tahu lah dia drill ape*.sementara tunggu kek dalam oven, amna saje nak post.hesh.kemain banyak rintangan dan halangan amna buat red velvet ni.*ceh macam masuk olimpik je buat kek.*mula mula susu takde.abang amna pergi keluar beli susu,then gula icing  pulak takde.T__T mak amna cakap dia ade beli tapi takde pulak.entah mana pergi.last last amna kuar dengan abang beli gula icing.tengah malam ni ! hesh seb baik ade kedai doplohpatjam.tenkiu la ! beli gula icing pun berebut dengan sorang abang hensem pakcik.HAHA.

dah dah.sebenarnya amna nak ucap selamat hari raya maaf zahir dan batin kat korang korang yang baca ni :) maaf andai terkasar bahasa,terasa hati,maaf ye :) huh.sebulan penuh ramadhan dekat rumah dan sangat ohsem ! semoga jumpa lagi ramadhan akan datang,InsyaAllah :) esok balik kampung ! tak sabar tau nak balik kampung I *gedik gedik sikit* HAHA.

and lastly nak cakap tenkiu jugak dekat aja dan juga yanie sebab bagi kad raya.HAHA.amna tau je diorang bagi dekat amna.amna yang post pulak tu.tak seprais langsung ! hewhewhew ~ dah lama tak dapat kad raya manual.eh? HAHA.

lastly Finally,nah ! amek amna tepek gamba amna konon konon kad raya digital lah.HAHA.pemalas punya amna nak edit ! 


tak nampak pun kan ! hesh papetah !
ok bai.kek amna pun dah bunyi tu :) tata,titi,tutu
berhati hati di jalan raya dan jangan main mercun tau ! -pesanan penaja.hewhewhew