Saturday 30 June 2012

next week ^^

salam alaykum ! 




kenapa dengan next week ? 


# test jpj -lesen kereta :)
# insyaAllah start kerja :)


dua je ? HAHA. kecoh je amna =.=!
serius cuak dengan test jpj.doakan lulus.kalau lulus mak abah kasi pegi kerja naik kereta ! yeeehhhuuuu ^^.
doakan jugak amna baik baik je kerja yea ? 

Tuesday 26 June 2012

HOT HOT !!

ola ~


meh tengok BIG !! 




hew ~ amende pulak BIG ni ? hape lagi,cite korea lah.amna kan hantu korea . dulu ye ,sekarang dah tak hantu.serius tak bosan tengok cite BIG ni,sume cite amna rasa tak bosan kot ? HAHA .kenapa ? opkos lah hero HENSEM pffttt ! HAHA.sekarang amna follow cite ni.semangat amna tengok tau.kalau boleh nak jadi orang first yang tengok kat Malaysia ni.tapi tak dapat pun ! hmm.


cite ni pasal ape ? cite pasal . . .




hambik ! malas nak taip =.= tapi serius best woooo ! tak tipu . tengok laa tengok laa.heheh


hensem dan ohsem,taff <3 
sekian.bai.*malu*

Sunday 24 June 2012

Setahun Menjadi Pelajar Universiti

Assalamualaikum.


disebabkan amna tak tau nak post ape.so saje lah amna nak cerita sikit pasal tamhidi :)


ceritanya begini ~
(entry ini paaanjang wei)
pada suatu hari.dah tak payah nak pada suatu hari sangat lah amna.OK.


tamhidi senang ? tidak seperti yang disangkakan.memang ah satu tahun tapi jadual pack wei.penat.kelas dari pagi sampai ke petang.ok jangan mengeluh T__T


lepas dafta kat kolej kediaman,mak abah adik abang balik.yang peliknya amna tak nangis pun.eksaited ada laa.kemain lagi.siap lambai lambai dengan girangnya lalu berlari lari naik rumah nak bersiap pergi orentasi petang tu,ok part berlari tu over :) dulu time sekolah menengah nangis je kejenye.HAHA.*malu*


pastu masuk bab kuliah,tutorial dan rumah :)
paling tak best member dari sekolah dulu sorang pun takde sama kuliah,apa tah lagi kelas tutor,rumah laagi lah tak T__T.nasib.mungkin itu yang membuatkan amna lagi MATANG :) hew ~ matang ke amna oii ? kuliah first amna main masuk je la kan.dah la tak kenal sesape pun.tapi otw nak masuk lecture hall tu jumpa lah dengan mek klate dua orang,mek sya dan juga mek mirah :) ngan diorang lah amna geng.kalau dah geng mek mek ni cakap klantan memang amna nganga je lah kat sebelah tu,tak faham.HAHAHA.tapi kelas tutorial masing masing lain.again.pisah lagi time tutor.after a month amna baru lah geng ngan budak budak tutor amna.amna ada cerita pasal classmate amna before ni,cari lah :) dan tak sesame lagi ngan dua orang mek klate yang kiut tu.tapi kalau jumpa memang hai hai je.rumah a.k.a kolej kediaman pulak amna dapat blok D tingkat 3.fuhh (_ _ *) jauh jugak lah dengan buddy dua orang yang selalu huhahuha tu:aja dan juga yani.its ok lah.rock lah sikit jumpa kawan baru kan.kalau nak tau pasal housemate amna,usha lah:) tapi memang best lah kolej amna.even jauh dari kampus tapi kolej tu sangat WOW ! haha.sebab dia jauh dari bandar.oleh sebab itu,time nak pergi kuliah kitorang kena lah naik bas U kan.memang best lah KALAU dapat duduk.kalau dah PENUH kena lah BERDIRI.penat ok.dah la setengah jam kalau nak pegi kampus tu.tapi amna bijak.selalu amna ngan geng duduk kat dashboard bas tu.boleh la duduk sikit.HAHAHA.sembang sembang ngan pakcik bas.time study week senyap je.pastu dekat ngan Nilai 3 pulak tu.haha.bila malam sejuk je.tapi still amna pasang kipas.hew ~


ni mek sya :) *yang buat peace tu lah
dalam kelas.amna mula rapat dengan lilot,atikah dan juga hawa :) sebab ape eh ? sebab group liqo' arab lah.alahai.pastu nak pergi mana mana selalu lah berempat.sampai ada satu time tu semangat balik nilam sebab kononnya takde kelas petang sekali kecoh dapat text ada kelas.CHEMISTRY pulak tu.muka bangga je catch up bas tengahari.petang tu kelam kabut lah nak ke kampus.haih =.= 


lilot banyak cakap,tapi seronok kawan ngan dia.selalu teman amna balik naik ktm.kadang kadang tu saje je singgah KLCC.haha.guna touch n go kan.boleh lah belagak kaya sikit.HAHA.penah saje saje singgah pasar seni semata mata nak jalan jalan,tak beli apa pun.haih.macam macam amna buat dengan dia ni.lepak BTS sampai nak malam pun penah jugak.boleh jugak lah amna nak describe lilot ni KTM-mate amna.HAHAHA.wujud ke ? 


hawa pulak.dia sangat tinggi dan cantik :) bijak maths wei :) selalu lepas exam ke test ke cakap result teruk la apa lah,sekali dia yang WOW ! hehe.peramah dan suka senyum.sape sape pun dia tegur ja :) talkative jugak dalam kelas.sem dua amna pegi kuliah dengan dia naik kelisa BHY hitam dia.hehe.thanks lah hangkut amna ke kampus.


atikah pulak a.k.a kecik sebab dia lagi kecik dari amna.HAHAHA.dia suka benda benda comel je.bab makan memang dia hebat.lunch memang kena cari nasi la.kalau tak macam takleh study.hewhew.dia sweet jugak.kena sabar sikit nak tunggu dia bersiap.lama kemain.


time ni la kitorang balik tengahari tapi petang ada kelas chemist :( haru betul laa
subject yang amna ambik time tamhidi ada tujuh :) dua dua sem ada tujuh subject,banyak kan ? sebab tu lah kelas sampai ke petang.selalu lepas balik dari kampus petang tu memang penat T__T.lepas solat maghrib,ngaji dan mandi semua kadang kadang amna tertidur (U.U) sampai mak kekadang risau asyik call tak angkat.hew ~ tertidur sekali ngan telekung tu.HAHA.kadang kadang pas isyak dah tak larat.tidur sampai subuh.ko ingat takde keje nak buat ke amna ? tutorial menggunung tak siap.tapi nak buat camne.memang tak larat.so bagun pagi tu awal sikit lah.siapkan mana yang sempat.HAHAHA.ok pasal subject yang amna ambik pulak.


sem 1
-biology 1
-physics 1
-chemistry 1 
-english for science
-arabic 1
-quranic hadith of science
-maths 1


sem 2
-biology 2
-physics 2
-chemistry 2
-english for science
-arabic 2
-maths 2
-ICT skills


banyak kan ? memang ah.tapi ok je sebenarnya.mak amna cakap belajar apa pun memang susah mula mula.benda baru kan.lama lama ok lah.kuatkan semangat je :) dan alhamdulillah results both sem ok :)


semua memori time tamhidi sangat mengajar amna jadi manusia yang matang sikit.yelah,camne nak simpan duit,guna duit,dulu guna duit mak abah tak terasa apa pun kalau nak beli itu ini,belajar dengan subject yang banyak tu,kawan lagi,semua amna kena fikir sendiri.mak abah jauh dah.so amna dah besar sekarang :) dah nak 19 dah pun.orang dulu dulu umur 16 dah kawin oi.ohsem awal gila ! MOTIF ??

orang kata aku garang.tenkiu ~

so konklusinya tamhidi ohsem ! gonna miss that moment.ok bai.
credit to encik muzakkir sebab dia yang suruh cite.HAHA.

Thursday 21 June 2012

wishlist # 2


comel :) tapi tak tahu nak cari kat mana T_T lagi lagi ada bakul rotan kat depan tu.bayangkan amna naik basikal ni sambil pakai baju kurung yang ayu tu.hehehe.

Wednesday 20 June 2012

Kenapa Surah At-taubah Tiada Basmallah ?

Assalamualaikum.




entry ini merupakan perkongsian ilmu tajwid :)
baru baru ini amna ada join kelas tajwid yang taman perumahan amna buat.tempat dia sebelah rumah amna je.sebulan sekali akan ada kelas tajwid ini.amna pon turut join kelas ini sebab amna nak tambah ilmu dan ingat balik tajwid tajwid yang amna dah belajar masa sekolah dulu.


berbalik kepada tajuk,kenapa surah at-Taubah ni tiada Basmallah ? kenapa dan mengapa ? 
setiap sesuatu yang datang daripada Allah mesti ada sebab musababnya.sama2 kita teliti 
apa jawapan yang sebenarnya yang diulas dari ulamak berkenaan masalah ini.

menurut buku yang amna baca dan juga apa yang dikongsikan dalam majlis ilmu yang amna join tu,
para Ulamak juga sejajar berpendapat bahawa SUNAT membaca Basmallah di tiap tiap awal surah kecuali surah At-Taubah.hukumnya HARAM membaca Basmallah.

menurut Al-Imam Al Jazari yang bermaksud :

"Para Qurak (القرأ) sependapat membaca Basmallah di awal surah kecuali di awal surah التوبة ditegah"
Kenapa ditegah ? 


1.Basmallah tidak tertulis di awal At-Taubah.sebaliknya Basmallah tertulis di awal surah surah yang lain.


2.surah Bara'ah (At-Taubah) diturunkan waktu peperangan seperti yang ditegaskan oleh Ibnu Abas yang bermaksud :
"Aku bertanya kepada Saidina Ali kenapa tidak tertulis Basmallah di awal surah Bara'ah ,jawabnya kerana Basmallah itu aman sedangkan Bara'ah tidak aman kerana ia diturunkan di waktu peperangan"
Namun demikian sebahagian Ulamak berpendapat MAKRUH membaca Basmallah di awal Bara'ah dan SUNAT dipertengahan surah-pendapat الرملى

untuk lebih faham klik  sini :)

amna saja share kan ilmu ni,ustaz tu kata jangan lokek dengan ilmu :) hehe.kalau ada perkongsian lain boleh comment :) jangan lupa buat notes dalam Quran anda tentang perkara ini agar kita sentiasa ingat.cukup sekadar lekatkan sticky note di atas surah ini :)

oh ya ! ni lah buku yang amna rujuk tu 

ianya buku lama.abah amna punya mungkin

Friday 15 June 2012

Keluarga Baru


Assalamualaikum.


keluarga baru.yeah ! seronok oke.ye amna ada keluarga baru.ehhhh.keluarga baru sangat lah kan amna ? HAHA.keluarga baru yang amna maksudkan bukan abang amna nak kawin ke amna yang nak kawin.tidak.tidak.lama lagi kot.degree pon tak lepas amna oi.


sebenarnya amna ada keluarga baru yang semuanya sama umur.pelik bukan?tapi bagi amna tak pun.kecoh la kau amna.


ceritanya begini.tahun berapa amna tak ingat.tapi time tu sembang sembang cik senah di petang yang damai didalam bilik prep *time ni amna kat sekolah menengah*


eh.ko ni macam angah aku la amna.
eh.yeke ? sama sangat ke ?
ada la sikit sikit.yani pulak macam dedeq aku.


naah ! start dari situ lah.memberku hawa erma start membuat cerita cerita dongeng ala ala barbie and twelve dancing princessnya.HAHA.kitorang buat femili baru kat sekolah yang semuanya budak budak batch sendiri.klaka kan.pada mulanya yang lelaki tak tahu pun yang diorang tu femili kitorang.tapi lama lama kantoi juga dan diorang pun ok ja join femili kitorang ni.ramai wei femili amna ni.


kiri :atok,achik,mak,angah,dedeq,dek ma
lama kelamaan femili kitorang ni tersangat lah rapat.macam femili betul.macam macam dah kitorang buat sesama.siap ada baju femili,keychain,group fb pun ada tau ! hehe.tapi kitorang anggap budak budak batch yang lain tu jiran kami.kira sedara jugak laa.hewhew.nama panggilan pon dah along.angah tau.aww ! sweet kan ? sampai ada satu masa tu,ada budak budak batch amna jugak,macam nak pulaukan kitorang.ohh,sangat tak maced.jeles lettew tak dapat join.sampai kami yang perempuan ni buat meeting nak bubar femili.tapi tak jadi pon.HAHAHA.


serius.femili SYEH FAZASSFAN  ni sangatlah ohsem.sampai sekarang still on dan semakin rapat.memang.persahabtan memang sangat indah :) mereka jugak selalu nasihat menasihati satu sama lain.kalau ada problem pon kitorang boleh share.kadang kadang selalu study sama jugak :) mereka semua ohsem.tak tipu.semua hebat hebat.


em.ni amna nak show off sikit femili SYEH FAZASSFAN.kitorang semua ada 13 orang.syeh fazassfan tu sebenarnya short form nama kitorang.yang sweetnya kitorang ada dua ibu.abah poligami kan =.= HAHA.tapi tak pernah gaduh oke.


s-shakirah
y-yanie
e-erma
h-hajar
f-fahim
a-amna
z-zakwan
a-ain comel
s-shahrul
s-shikin
f-fath
a-acah
n-nukman


kiri : dedeq,mak,angah.nek ja & along

nek ja dan embah wedok :)
dek kin :)

embah lanang & embah wedok :)

abah :) sori la amek kat fb,angah xde gamba abah
kiri : ibu & angah *comel kan ibu*
uhibbukum fillah <3

Thursday 14 June 2012

Tudung dan Kenapa ?

Assalamualaikum.


kenapa dengan tudung ?well,act amna saja nak post mende sebagai peringatan diri sendiri dan juga sapa sapa yang membaca blog amna ni :) semoga bermanfaat.
hokay.sekarang ni macam macam fesyen tudung ada kan ? tudung corak printed lah,bawal obama lah,tudung indon,macam macam lagi . kalau amna nak mention satu satu memang tak habis.amna pun sampai dah tak tahu fesyen apa lagi yang ada.serius kadang kadang amna tengok macam over pulak fesyen berhijab sekarang ni.ye,amna pun kadang kadang terikut jugak dengan fesyen fesyen tudung sekarang ni.tapi amna takde lah sampai over sangat berfesyen *yeke ?* HAHA.


sekadar peringatan dan juga perkongsian.jangan lah pakai tudung itu semata mata terikut dengan  fesyen sekarang.ikhlaskan hati pakai tudung tu ye.amna tak tipu,perempuan yang pakai tudung adalah yang paling cantik.serius wei tak tipu.sejuk mata memandang :) 
masa di tamhidi dulu,ada kaum adam yang menegur tentang tudung.mereka kata jangan pakai tudung yang jarang ketika datang kuliah ataupun kelas.yelah material tudung yang banyak di pasaran sekarang ni kan jarang yang boleh menampakkan leher especially tudung bawal.so ape 'solution'nya ? takkan nak beli tudung baru ? takkan nak sedekahkan tudung kat sapa sapa ?naah,kan ada jual inner tudung  ? pakailah inner tersebut,so takdelah nampak leher.tak panas pun.amna pun pakai inner kalau pakai tudung bawal yang agak jarang.kalau dah pakai inner tu pakai lah kemas kemas.jangan nampak selekeh pula.


lagi.em labuhkan sikit tudung korang kat bahagian depan tu.kene tutup bahagian dada.oh malu lah kalau tudung singkat sangat.serius amna pun malau nak pandang perempuan yang pakai tudung singkat sangat.kalau labuhkan sedikit kompem comel.ini serius.tak tipu jugak.


surah An-nur (24) ayat 31 (tafsir ar-rahman)

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."



so,sama sama lah kita memperbaiki diri sendiri untuk menjadi yang lebih baik dan juga mengejar keredhaan dariNya :)
  

Wednesday 13 June 2012

wishlist # 1



subahanallah ! cantik sungguh kan ? berminat kan ? gojes ? ohsem ? 
yeah . memang . memang .oh Nikon D3200 bila lah kau akan menjadi milik amna ? sekarang berminat dengan ini TAPI takde duit nak beli T_T kene kumpul duit ni . sekarang harga dia RM 2,398 . biar pakai phone 3310 je,nikon D3200 tetap pujaan hati.oh ! pengsan . takpe makan nasi dengan kicap tiap tiap hari dekat kolej nanti .HAHAHA.boleh hidup ke amna oi ? 

Tuesday 12 June 2012

BOKEH .

Assalamualaikum :)


hai readers,bajet ramai yang baca lah amna oi emm.sempena cuti habis asasi yang panjang berjela macam lebuhraya PLUS tu *nonsense* amna saje nak try belaja photoshop :) DSLR ada,photoshop CS5 pon dah ada kat pc rumah ni so,apa lagi.yeah ! belaja belaja :) bokeh ni hape weyh ? amna first time denga pun amna tak tahu amende lah bokeh ni.kuih ke ? tempat berlibur ke hape ? HAHA. then tanye encik google yang sangat baik hati ni pasal BOKEH ! naahhh..ni ha bokeh . sila baca dan faham . kejap lagi try test power pulak :)


fotografi.yeah ! word bokeh ni sebenarnya berasal dari perkataan  Jepun, 'BOKE' means kabur atau jerebu yang kini diadaptasikan dalam elemen fotografi yang bermaksud nilai estetika kawasan kabur dan mula digunakan oleh peminat seni fotografi masakini :)


Bokeh mula diperkenalkan pada tahun 1997 melalui majalah Photo Techniques oleh editornya pada ketika itu,Mike Johnson.


Namun, bokeh bukanlah hanya teknik fotografi yang mengaburkan bahagian latar belakang sahaja tetapi ia lebih kepada nilai atau suasana menarik di bahagian latar belakang.

Sebagai contoh, rakaman dilakukan dengan subjek berlatar belakangkan pancaran cahaya dari kejauhan atau kilauan matahari yang melalui celah-celah dedaunan.

Ini akan menghasilkan satu bentuk cahaya yang bulat dan menghasilkan efek yang menarik.
Untuk mendapatkan efek ini, lensa utama atau prime lens sering digunakan termasuk lensa yang mempunyai jarak fokus yang panjang.

Selain itu, bukaan (aperture) perlulah dibuka habis sebagai contoh lensa yang mempunyai bukaan terbesar f/1.8. Namun bokeh boleh terjadi dengan bukaan f/5.6 juga bergantung kepada kedudukan subjek dengan lensa dan juga keadaan latar belakang.

Apa kata, readers cuba rakamkan gambar yang mempunyai efek bokeh.
Gunakan bukaan paling besar yang ada pada lensa korang. Rapatkan subjek dan cari latar belakang yang bercahaya atau berlampu untuk mendapatkan efek menarik.

korang boleh menggunakan tetapan 'A' atau 'Av' pada kamera dan biarkan pengatup (shutter) ditentukan. Bagi mereka yang menggunakan tetapan manual, buka bukaan paling besar dan tentukan pengatup mengikut keadaan cahaya.

so sape sape yang selalu amek gamba gegar tak pun selalu kabur tu,SYABAS ! anda telah berjaya menggunakan teknik bokeh.hihihihi.

nak tengok cane hasilnya *ni amna amek dari pakcik google,dia yang bagi*.amna baru nak try buat.nanti dah jadi amna show off sikit.HAHA








tengok tengok ! ohh,fainted ! cantik dan ohsem gila sangat kan ? amna belaja guna youtube je,boleh ke ? oh,nanti abang amna balik umah amna tanya,dia hebat jugak photoshop ni.*rasanya fotografi penyakit keturunan femili encik mohmad lah :) abah pun masa zaman muda muda minat fotografi* heeeeee . bai,selamat mencuba

Monday 11 June 2012

Nurul Jannah Bt Samsudin


 Assalamualaikum :)


harini amna nak cite pasal cik jannah ni haaa.dia ni asal dari kuang,rawang.dia ada kembar.nama dia amir.HAHA.macam ape je amna cite.


jannah besfren amna time sekolah menengah :) pergi mana mana mesti sama sama.nak pegi prep petang,kelas petang,pegi sekolah pagi pagi,pegi koop,surau,DM,mana mana je lah mesti nak tunggu jannah.tak pun jannah tunggu amna :) duduk sama sama dalam kelas.kat prep pun duduk sebelah.siap kongsi loker lagi tuu.sweet kan kami ?memang ah.sampai nak pegi kantin pun jalan pegang tangan.aw aw aw !! heee.


jannah ni bila gelak memang over.semangat je dia gelak.makan pun semangat jugak.rindunya kat jannah ni T__T teringat time kelas arab petang.time tu kelas firdaus je ada kelas sampai petang pukul 6 lebih.tapi haritu jannah tak sihat,dia muntah dalam kelas.ohhh !! dah la duduk sebelah kan =.= kelakar pulak bila teringat.


lagi.tenkiu jannah for being my best buddy :) susah woo na cari orang cam kau.haish.lagi satu.jannah suka ngantok time kelas,so,amna kene conteng conteng atas tangan dia bia tak ngantok,tak pun amna kene urut urut tangan jannah ni.kelakar kan.tak pun.kalau dah dua dua ngantok,kitorang tengok orang lain yang ngantok ngantok dalam kelas tu.macam macam gaya ada.lepas gelakkan diorang yang ngantok tu,terus tak ngantok.lagi satu,kitorang akan makan time kelas.HAHAHAHA.stok makanan memang sentiasa ada lah kan.jangan risau.lagi lagi time kelas sejarah dan juga Quran Sunnah,ya Allah ! patut lah QS amna A-.naseb baik sejarah tak.hehe


banyak kenangan dengan jannah ni.simpan kenangan ni baik baik ye jannah :) hee.


me.jannah
2012 <3
saya exco riadah :) kurus kan saya
ni time dia pegi jepun :)
pertukaran pelajar,sian amna sorang sorang :(
tadaaa !
tak ingat form bape
form 5 ni :)
simpan album amna bagi tu elok elok :) kalau boleh penuhkan lah :)

Sunday 10 June 2012

Alhamdulillah :)

alhamdulillah ya Allah :) sebagai seorang hamba yang kerdil ni,amna mampu ucap alhamdulillah :) terima kasih ya Allah.


perancangan Allah adalah sebaik baik perancangan :)

red velvet dan . . .

alhamdulillah .
again . lama amna tak update blog ni,act, lupa yang amna ada blog.hehe.ni cite 24 mei haritu,satu petang amna dapat text dari kawan amna,katanya ade special task untuk amna.amna ingatkan nak buat ape lah,rupanya kawan amna tadi mintak tolong buatkan kek untuk hari guru :) yeah,lepas korek korek resepi kat internet,tertarik amna dengan kek red velvet.sekarang kan popular kek tu,so amna decided nak bake kek tu untuk dihadiahkan pada guru guru kat SMKA SIMPANG LIMA nun.bahan bahan dia pun senang je nak nak cari.TAPI ! amna tak mampu nak buat seorang sebab yelah takut tak jadi sebab first time buat kek tu.yeah ! nasib baik amna ade kawan yang reti jugak buat kek ni.ajak dia buat sama.alhamdulillah jadi dan boleh kira ohsem jugak lah bagi amna yang baru first time buat kek red velvet tu.balik rumah amna online DAN ada seorang cikgu sekolah im amna,cakap terima kasih sebab buat kek dan kek tu sangat sedap :) alhamdulillah :) first time buat tuuuu :) ok takyah nak riak sangat yee,tuhan marah esoknya amna ngan kawan kawan amna yang lain pergi sekolah sebab ramai nak ambil sijil SPM tapi amna dah ambil,saje ikut sebab haritu ada sambutan hari guru.amna join je lah.

merah itu menawan :)
mak kata cucuk sikit je,hambek kau ! berlubang tengah amna cucuk guna garfu,kihkihkih
before decoration
yeah ! 
tadaaaa !
dan lepas pegi sekolah,kitorang jenjalan makan angin.HAHAHAHA dah lama tak jumpa kan,masing masing busy study.haish =.= tengok gamba lah yee :)

semua dah cantik jelita
oh mereka memang begini rupa
sejak bila tah cikin meninggi ni ?
again.
kpop pun ada,HAHA
tralalalala~
ini kepakaran kami
with ustazah buniamin
someone said : woah ! besarnya handbag ! yeah,i like it <3
modelsS
again .
memang sangat tak ohsem bila bawak camera besar besar tapi batteri dia tinggal kat charger di rumah :( nasib baik si embah wedok yang gojes bawak camera :)