Sunday 13 October 2013

tiramisu

BAHAN BAHAN

biskut jari
nescafe 3 in 1
cream cheese
gula kastor 
whipping cream

CARA CARA

1.celup biskut jari dlam nescafe and susun dalam bekas
2.mix gula kastor dengan cream cheese sampai smooth
3.stirr whipping cream sampai kembang and masukkan dalam adunan gula kastor dgn cream cheese,stirr lagi
4.susun lapiskan biskut dengan adunan 
5.lapisan last tu letak la milo ke,serbuk koko ke sebagai decor :)

*kuantiti sukahati korang ! haha

ice cream homemade

senang aja dong mau bikin eskemnyaa !

dapat dari orang so amna share je la resepi ye :)

BAHAN-BAHAN

1/2 tin susu pekat
2 cawan dutch lady (sukati nak flavour ape)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu ovellete (pastikan halal ! )
oreo hancur/choc chips/brownies

CARA MEMBUAT 

1.kita campur semua bahan kecuali oreo/choc chips/brownies dalam blender and blend sampai smooth :)
2.masukkan dalam bekas yang sesuai and masukkan oreo/choc chips/brownies
3.letak dlm fridge tunggu sehari and makan !

tart telur idaman kalbu

hello cold world ! haha

sebab ramai yang tanya amna resepi tart telur yang sedap lagi menarik hati tu meh amna kongsi :

Bahan dough :
3 cawan tepung gandum
1 cawan margerine
3 sudu gula kaster
sebiji telur 

Bahan inti :
4 biji telur
1 cawan susu cair
1 cawan gula
1 cawan air 
3 sudu tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla 

Cara-cara membuatnya *skema ayat aku*

1.campur semua bahan dough dan uli sehingga jadi dough *amna guna tangan je tak guna mixer* and ketepikan
2.campur semua bahan inti and gaul guna pemukul telur manual *tak ingat aaa nama dia ape tapi tak guna mixer pun* (pastikan jangan berbuih just pukul sampai sebati je)
3.then letak la dough dalam acuan yang bunga2 tu,jangan tebal sangat jangan nipis sgt sebab dough dia rapuh bila dah siap bakar,cucuk sikit guna garfu before masuk oven utk elak dough menggelembung in 10 mins
4.then tuang inti dia jangan la penuh sgt,then bakar balik dlm masa 15 mins,oh yea suhu oven korang 180 je tau ! 
5.bila korang dah bau sedap semerbak kasturi means dah masak ah tu : boleh ngap ! 

haha,that's all sila lah mencuba ya !

Friday 6 September 2013

Mimpi

"Kak,bangun kak"

"Kak,bangun solat subuh kak"

Terus tersedar dari tidur,aku mimpi rupanya

Malam tadi aku mimpi

ada seorang kawan(perempuan) dari sekolah yang bertanya --amna,nak tau tak hubungan kau dengan Allah macam mana ?

Aku pun mengangguk,dia suruh aku pandang tepat pada matanya,lantas aku pandang

Dia merenung tajam,lepas tu dia terus bersembang macam biasa,gelak gelak and makan makan.

Sebelum aku nak balik dia bisik kat aku,amna teruk amna :( muka dia berubah

Aku berasa takut dan memohon dia supaya menegur aku jika terlihat aku berbuat tidak elok :(

Mimpi tadi seolah olah ingin mengingatkan aku,aku lalai kah dengan suruhan Allah ? Ya Allah aku takut :( sungguh :(

Friday 23 August 2013

kempen photoshoot #ehh















geng main bola belakang kelas pegi beraya

eh macam ohsem pulak tajuk entry kali ni.

highligt sikit GENG MAIN BOLA BELAKANG KELAS PEGI BERAYA okay !

herher,tahun ni sempat jugak diri ini menjoin diorang pegi beraya.phew ! tahun tahun lepas tak sempat :(

sebenarnya amna join bebudak skolah rendah dulu pegi beraya.ala zaman budak budak main gasing dulu,sekarang mana ada main gasing kan.tak syok ah bebudak sekarang.hmm.zaman sekolah dulu geng pompuan ada dua je,aqilah dengan syairah,kemana mana dengan diorang bedua la.kaki bodek cikgu pun ye jugak.hihi.

selebihnya geng dengan diorang aaaa,sape diorang ? bebudak laki.haha.dulu gengster sikit kott ==" kalau dengan diorang main bola boleh,kejar kejar pun ye jugak,rasa diri ini sangat taff ! selalu jadi keeper je la aku kalau join pun.ok what ?

jom aa tengok gamba,tapi taun ni sekali lagi tak sempat g jumpa cikgu asmah dengan cikgu masriah uwuwuw *teardrops* lama tak jumpaaaaa 





hari raya datang lagi

arini dah nambelas syawal 

tak terlambat lagi nak wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN 

wah kemain raya taun ni bejalan yee.sakan jugak laa beraya,kat kampung je dah seminggu,pastu balik dari kampung almost everyday keluar beraya dengan member selama seminggu jugak.ohoi penat den penat.pastu sempat pulak ke kuala lipis pegi rumah sedara abah,yang tu jauh kemain sampai kebas bontot duduk dalam kete.haaa

den malas nak cite,moh le kite nengok gambar ye :) sebab setiap gambar ada cerita,gittew  








tahun ni rare sikit sampai ke shah alam and klang kitorang pegi raya ! wiwiwiwi,mungkin tahun depan lagi jauh ? haha banyak lagi gamba sebenarnya tapi nk tunggu upload tu kemain lama hoi.so ini saja kot,banyak gamba kat fb,g tengok.hihi 

Thursday 22 August 2013

birthday shout out to myself !

wiwiwiwi

happy belated birthday to meeeee ! 

macam tak malu jugak la nak wish birhday sendiri kan,tp ade aku kesah :P haha AND aku dah berumur DUA PULUH,okay no more teen teen dah.huu doakan diri ini supaya menjadi insan yang lebih sempurna zahir dan batinnya.cekal dalam kehidupan dan juga lebih rajin untuk menolong mak masak kat dapur demi mencapai cita cita murni *fireworks*

tahun ni raya dalam bulan syawal rasa macam best la,sebab dapat wish double ! haha thanks korang yang wish besday ! iolls terharu dengan uolls tau *teardrops*

malam besday mak abah bawak makan kat luar,kitorang memang akan sambut besday dengan makan kat luar.selalunya makan kat restoren seafood aa makan besar :) wiwiwiwi tapi mak abah bagi duit raya lebih sikit aa tahun ni sebab besday masa raya.haha.best ke idok? mesti aa best ! thanks mak abah,sebab susah payah besarkan akak selama doploh tahun hidup :) mohon akak sempat nak balas budi mak abah ! i will and sure do abah and mak,inshaallah one day :) jomm aaa bercuti obersi ! haha

my bestie bagi hadiah kat iolls tau ! comels sangat nak pengsan.haha thanks jannah untuk hadiah bantal peluk bintang comel :) nanti amna bawak tido harihari :) tak lupa jugak kat adik angkat iolls bagi hadiah comels jugak ! emm orang tu bagi kite perfume ah :) wangi tau body shop ! thanks awak yee :) 

nota kaki : diri ini mohon jadi lebih matang ye !





Monday 22 July 2013

Sedih .

Macam semua salah amna :(

Consider la sikit

Penat orang tunggu

Dia buat taktau je

Saturday 20 July 2013

satu malam di bulan ramadhan

happy fasting ! salam sebelas romadhon :) engkorang pose ke idok ni ? ngahaha

ni nak cite pasal aritu kan,amna balik semayang terawikh kan,pastu kan ok stop ! annoying ah cite cemtu.

usai solat terawikh kat masjid,melulu aku keluar sebab nak pegi toilet.lepas pegi toilet tu,aku pon cari sliper jamban aku yang kemain ade beading macam omak datin tu nak balik.lambat kang kena tinggal pulak.hmm,puas aku cari punya cari,sebelah je yang hado.lagi sebelah tah mano.tsk tsk.muka aku time tu macam anak hilang mak pun ado,kehkeh 

ade la bebudak tanak solat buat bising kat masjid tu datang kat aku,dia tanya "akak,sliper akk hilang ke?" mungkin dia nampak hampir lima minit gak la aku cari.aku pun jawab la "aah dik,ade nampak tak sliper akak?" malang tidak berbau,dia pun tak nampak.hmm

aku pun berjalan la pegi kat kereta,dengan berkaki ayam sebelah ==" abang aku tanya,asal lambat? aku pun cite laa potpeetpotpet. kemain semua gelakkan aku,haih pastu abang aku kate,tak mungkin sliper hilang bulan romadhon,haha aku pun pegi la balik cari sliper,sampai hati :(

cari punya cari,kat sebelah tong sampah rupenye.haha jauh kott dengan tempat asal aku letak sliper tuu.waaaa terus aku berlari lari ke kereta dengan senyuman ala iklan colgate tu.ngehngeh :) tanpa menghiraukan keadaan sekeliling,dengan angin sepoi sepoi bahasa ditambah pulak dengan telekung aku yang flowy kemain lagi.ahhh macam hindustan !

sejak hari tu,aku nekad letak seliper aku kat rak kasut yang disediakan.hahaha.

ok tu je nak cite.semoga ketemu lagi.bubye

Friday 19 July 2013

Tailor oh tailor

Pheww ~

Rasa macam nak menangis pun ada.haa over tau ! Hajat di hati nak pakai peplum saloma *gittew masa aidilfitri terkubur.ugh !

Ngaaaa,semangat mak beli kain tau,siap tema lagi taun ni.hmm tailor ade nak buat operation.tailor ni cina,ingat boleh siap cepat sikit tapi sebab kaki dia kena buat minor operation,so maybe lepas raya baru dia amek upah jahit.

Terpakse omak den beli kain lain,konklusinya amna pakai baju kurung biase je.ahhaaa memang minat kurung biase je punn.okay selamat berpuasa :)

Tuesday 16 July 2013

1434 ramadhan

Dah lame tak hapdate.

Okay secara jujur aku mcm malas pulak lah nak hapdate, sebab? Sebab aku hado stegremm and aku fanatik.huu

Ok stop.

Ramadhan dah.raye belum.haaa,dua tahun aku ramadhan kat rumah ni.sonok aaa,nak makan ape bgtau mak,inshaallah mak buatkan.tak ke seronok begitu ? Jangan cemburu :p

Semakin umur aku bertambah,semakin aku rasa aku lebih menghayati bulan mulia ni,dulu fikir nak ghayo je,sekarang tak dah *tapi fikir gak pasal baju ghayo*

So,aku harap korang,termasuk aku laa manfaatkan bulan mulia ni,kita mesti kena ada impian yang dosadosa kita diampunkan dan keluar dari bulan mulia ni dgn harapan dosa diampunkan semuanya dan penuh dengan amalan kebaikan dalam diri :)

Tuesday 4 June 2013

cerita HARUS tengok !

hello belog kecintaan ! 



kali ni amna nak cite pasal satu cite yang sangat ohsem dan tak mampu nak komen tak best lepas tengok.*bagi amna laa*

sape dah tengok KIL ? angkat tangan ! okay kalau belum pegi tengok! serius tak rugi tengok cite ni.

cite ni cite melayu and ni first time amna tengok cite melayu kat pawagam haa.nampak tak semangatnya tuu.

meh bagi sinopsis sikit.

cite dia pasal sorang mamat ni nama dia AKIL,at first dia ni nak bunuh diri sebab dia rasa unhappy la dengan life dia.pastu time dia lepak tu jumapa notis kalau nak bunuh diri call number tu.and dia decide nak pegi la kat agensi tu.

amna punya la ingat at last mamat hero ni mati tapi TAK okayy ! cite ni turns 360 degree kott.serius tak expect pun jalan cite dia macam tu.haa kemain lagi nak menangis tengok tapi happy laaa ending dia.

okay tu je kot.redza minhat and cristina suzanne comel gilaaa dalam cite ni.huu.thumbs up laa kat pengarah,nik amir mustapha and pelakon pelakon dia.sumpah ohsem ! 

so ape lagi.g la tengokk !!!



Sunday 28 April 2013

teaser 3 siti for MUSAQ competition !

assalamualaikum and a very good evening ! ahah

here is the teaser for 3 SITI .wish my team luck for this video :) this is for arabic video competition held by USIM for all student semester two :) 


penat jugak rupenye jadi pelakon ni.ini baru cite pendek seploh minit.kalau nak buat cerekarama ke telenovela tu?hailaaa tak yah nak sebok jadi pelakon ah amna oi.haha

directed by fairus abdul manaf
camera director : maisarah bt mohammad
actors        : amalina mohmad a.k.a me as siti aminah 
                  nur amirah hassan as siti fatimah
                  mass hazilla kassim as siti aisyah
                  halimah nurhalim as siti maimunah
                  nur hafizah bt mohamad as hafizah
                  fatin nadia zahari as cik lawyer
                  maisarah mohammad as boss
                  fairus abdul manaf as penglipur lara 

Monday 22 April 2013

. . .

Post ni takde tajuk.hewhew.recently sebok :( tak sempat nak rest pun weekend tadi.tapi takpe amna bukan buat benda bukan bukan pun.

Tak sabar nak tengok 3 siti.ehh mende pulak 3 siti.haha ni video arab amna and group kena hantar untuk arabic subject.haha tengok ah preview kat facebook.

Ok sekian.haha macam dodol je post ni

Thursday 11 April 2013

Part 3 : seven weeks *ini part paling besstttt

wooooweeeee :) dah macam masuk zoo nak wowee bagai =='

ini part paling ditunggu tunggu ahh oleh semua aah kau memang bajet ramai readers je 

title      : femili dayz ze foodbiotech gen9 
vanue    : dusun eco resort,bentong pahang
date      : 6 & 7 april 2013
objektif : binding ukhuwah  
dah macam nak buat lab report pulak




one word.ohsem ! 

sebenarnya tak ramai pun yang pegi.about half je yang join femili day ni.tapi tetap ohsem.sikit senang handle.haha.

hari first.sampai sampai je terus ada aktiviti.rakit,phew,banyak kali jugak laa amna berakit sebelum ni.tapi kali ni best aaa sebab buat rakit sendiri.sukati ah nak buat cane kan.asalkan terapung.time ni dah start nak bergurau senda dengan semua orang and bergelak ketawa sesama sendiri.cewahhh.nampak lah ke-binding-an ukhuwahnye :)









dah penat berakit mestilah makan.uuuu.mantap ah makanan kat situ.ke sebab dah lapar makan apa pun sedap?haha.tak kesah laa.petang tu lepas makan kitorang berflying fox.weee.best best.sebelum nak flying fox tu kena lalu jambatan gantung dulu.bagi amna yang pendek ni ok laa.stable and steady je lalu.tapi sesape yang tinggi tu kurang stable laa.haha.untung jugak jadi kurang tinggi ni.hahahhaa.





dan petang pas asar cemtu kitorang bebas buat ape so kitorang pegi main air.no worrries tak campur pun tempat laki ngan pompuan.subhanallah best gilaaa aaaa main air.semangat je main.sampai kecut badan duduk dalam air.

malam tu,kitorang ada la aktiviti sikit sebelum bbq.aktiviti dia kena minum air kopi.wehh.bukan kopi biase ni.kopi yang kita pilih sendiri kuantiti gula and kopi.nasib ah sape pilih kopi lagi banyak dari gula.haha.best woo.pastu game second kena makan tepung yang digaul dengan sedikt gula and garam.semua aktiviti ni dalam group laa.best kot.semangat berpasukan tu kuat.hehe.aktiviti ni nak tengok kita ni jujur ke tak,boleh bagi arahan ke tak.camtu aa lebih kurang.











dan hari ke dua kitorang main game sesaje hiburkan diri :) poisonous map soo freaking me out.gila ah.group amna paling susah map dia.sampai lima kumpulan tolong ni.haruu laa.tapi ze sweet moments remains in our memory.ohh sweet pulak.hmm lepas tu main cari gula gula dalam tepung.time ni best aaa main lari lari.haha.comel je semua orang.pastu kitorang main passing passing belon.time ni best jugak.semua best aahh.haha.main baling baling tepung 


yeay ! the end.sangat best dan hope next sem buat lagi.hewhew.and yes,binding ukhuwah fbgen9 dah pun mencapai misi.rugi ouh sape tak datang.hahahaha.