Friday 15 February 2013

semester two is comingg !

salam jumuah :) jangan lupa surah al kahfi 

okay hari ni limabelas feb sudahhh.result sem satu pun dah kuar.subject pun dah register :) are you ready for part two ? yeehhaaaa.mestilah kena ready kan? heww.

first thing first,tahniah kat korang korang dah tengok result ^^ amna?dah tengok jugak.alhamdulillah :) LTP means lulus terus pengajian. pointer amna mampu membuat mak abah tersenyum :) thanks abah mak.ini semua disebabkan redha mak abah :) doakan akak untuk sem depan pulak yee.

okay next sem gonna be harder for me.seven subject woi..eleh since tamhidi subject banyak.haha.tak payah nak kecoh.hahaha.dua subject kimia wehh.doakan amna ye :)

here we go :

1.prinsip kimia analisis
2.kimia organik
3.fizik
4.biostatistik
5.bahasa arab 3 (sains)
6.bahasa inggeris untuk sains dan teknologi
7.hubungan etnik

tengok jadual class,langsung takde class petang!hoyeahhhh.class malam pun isnin je.weeeeee :) pastu khamis takde class.weh bsa1 pakat laa ganjak kelas jumaat tu ke khamis eh.boleh balik umah.hahaha.

so,kena prepare mental and fizikal for the coming semester :) ohh malas nak packing barang.naik ktm je balik.mak abah kena pegi sekolah adik ada mesyuarat PIBG.T_T

Saturday 9 February 2013

All the best,jiwa kental !

This is so-called entry tangkap leleh T_T *lilot pasang lagu kau sahabat kau teman eh.haha
*class arab tamhidi sem satu

amna:em,dalila ketua kan,nk group sama :)

lilot:haa,okay *senyum

amna:*senyum balik

Sejak dari tu,amna start kamcing dengan lilot *tapi time tu tak panggil lilot lagi*
Minute by minute,hours to hours,day by day,week by week and almost one year lilot and me share the moments together *berempat actually,with hawa and kecik* masing masing dah faham dengan kerenah each other,orang lain buat liqa' sungguh sungguh tapi kitorang chillax je.haha.

Dalila bt zaidi.

Ye,awak!

Amna sedih tak dapat study sesama macam tamhidi dulu.takde dah ktm-mate yang sesuka hati nk turun mana sebab main touch n go!takde lagi rock karat jiwang kapak!takde yang sekental anda :( tak jumpa lagi yang sanggup berjalan dari blok F ke blok D tiaptiap malam jumpa kitorang.

I am admire u lilot,in a way kau berfikir,bertindak and membuat keputusan.sungguh!bz nak exam pun kau sanggup join program.kau sangat appreciate people around u and I can feel that :)

Thanks sahabat! U one in a million :)

Even aku kenal kau baru setahun :(
dalam aku sedih sedih ni,aku sangat happy dengan kau!happy dengan keputusan yang kau pilih.Allah is the best planner right ?

All the best in TESL :) kalau ada kelapangan boleh hangout! Jangan lupa doakan aku :)
Dan.jangan pernah lupakan amnaaa! tsk :(


Friday 8 February 2013

Launching the brand new me :)

Salam.
Eheh.tajuk kemain eh amna oi
Ni sambungan dari entry sebelum ni.cuti sem pun dah hampir melabuhkan tirai.sepanjang cuti ni macam macam dah amna buat.disamping mentry test resepi resepi baru ^^

First of all,amna menajamkan lagi skill kesurirumahan amna laa for sure :) wootwoot! keje keje rumah macam membasuh,sidai kain,sapu,mop,basuh pinggan dan sewaktu dengannya beress!sila nganga besar besar sekarang!haha.mak abah keje,so kene la buat kejekeje rumah sume ni.

Next.kawan amna since baby lagi,a.k.a qila ajak amna pegi belajar jahit baju.woaa!mula mula macam malas,ingat nak duduk rumah je.alaa nak jahit baju dengan mak amna boleh.tapi kalau dah blaja ngan mak sendiri mmg tak jalan lah kan.silap silap mak yang jahit sorang.so,amna join je laa atas dorongan mak abah :)

Class jahitan tu sukati kite la nak blaja bila.tapi kne byr yuran tahunan laa.seploh hinggit je.murah kan?hmm cikgu yang aja pun seporting macam mak mak kite jee.eheh.so pasni tiap kali cuti sem je amna akan blaja jahit.nampak tak persediaan disitu?persediaan ape?ehemmm

Buat masa sekarang ni amna blaja jahit baju kurung je.yang paling basic kan.tapi bukan senang tau.berpeluh jugak laa nak blaja.hee.tapi dalam masa sehari dah boleh potong kain.woaa!tapi dgn syarat for amatur macam amna ni guna kain cotton je la dulu.senang nak jahit.pastu kne sabar and enjoy menjahit.kalau stress nanti jahitan senget senget.

So sangat terisi ye kawan kawan cuti sem amna kali ni.*jogetjoget mengemas boleh.masak pun boleh *tapi masak lauk kne blaja lagi.menjahit pun bolehhh ! Malaysia boleh #eh hahaha.

*psst.first time published post dari fon ni.ahah.taktau rupe ape

Sunday 3 February 2013

psst . . .

as i said before mood sangat berbelogg.
motip ?
entah .
ha
ha

eh stail pulak taip cenggitu kan.itu gedik ye.harap maklong ! 

esok,ye esok empat febuari amna nak try test cuba menajamkan bakat ke-surirumahan amna ^^
nak buat ape pulak kan ? nak kawen ke ? ehhhh takkk lahhh *malu


ok dah.teaser untuk arini.esok sambung lagi.hahaha.

apam polkadot xoxo

hari ni mood sangat berbelogg.
ahaks.
ade ke ayat camtu ?

okay kat sini cikna ehh sejak bila jadi cikna? nak share resepi apam polkadot xoxo.kenapa xoxo ? sebab saya sukakannyaaaa ! gaya spongebob sikit *facepalm



BAHAN BAHAN

3 biji telur
2 cawan tepung gandum @ 250 gm
1 cawan gula halus @ 200 gm
1 cawan susu segar/susu cair
1 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovellete
1 tutup esen vanilla or esen pisang
jem (sukati laa nak strawberry ke blueberry ke nenas ke )
pewarna makanan (sukahati nak kale ape)

CARA CARA 

1.ayak tepung gandum dan baking powder
2.pukul telur,ovellete dan gula sehingga kembang
3.masukkan tepung sedikit demi sedikit kemudian masukkan baking powder,esen vanilla dan juga susu
4.asingkan adunan kepada 2 atau 3 bahagian ikut warna
5.warnakan setiap bahagian ikut suka
6.isi adunan ke dalam paper cup (separuh je)
7.letakkan jem
8.isi adunan sehingga penuh
9.dot dot kan adunan (ikut kreativiti)
10.kukus apam 15-20 minit
*penutup pengukus hendaklah dibungkus dengan kain agar wap dari penutup tak jatuh ke atas apam.nanti tak jadi

kulit berminyak ? alaaaa

bismillah.
salam :)
okay lama tak hapdate.dulu kemain semangat berkobar nak buat belogg.hahah.

korang pasan tak sekarang ni banyak sangat produk kecantikan kat pasaran ibarat cendawan tumbuh.haaa hambek kau ayat sastera amna.heww.pasan takk?pasan kan?

bukan apa lah kan *mood makcikmakcik kejap* amna tengok bertungkus lumus mereka mereka ni nak jadi cantik macam haku. haha.redha je yang suatu hari nanti kita akan tua jugak :) tak perlu nak cecantik mekap tetebal lapanbelas inci.lagipun kulit muka kita ni kan nipis je and sensitip kan?yelaa dah kau tenyeh segala jenis chemical kat muka tuu.

so,sebenarnya amna nak share pasal kulit berminyak jee.haha.bebel pulak dah.kulit muka amna berminyakk.so dulu masa jahil muda remaja amna selalu nak cari facial cleanser yang hilangkan minyak.sebab malu kot muka kilatkilat.haha.TAPI bila dah besarbesar ni amna tak menggelupur over tau lagi cari facial cleanser untuk hilangkan minyak.

ehh.dah kenapa pulak amna oii?haha.hal ini kerana *eh ayat aku dah kenapa daa* mak amna cakap kulit berminyak lah bagus.lambat karat kedut.amna pun ooooooooo yeke.hahah.dasar kanak kanak !

meh amna share nape mak amna cakap cemtu.

firstly adalah AWET MUDAAAAAA ! aaaaaaaa tutup mulut* maksud disini tak kedut.bukan tak langsung tapi lambat :) sebab jaringan minyak kat kulit tu boleh melambatkan dan menahan munculnya kedut ^^ yeay for sape sape kulit yang berminyak !

yang keduanya adalah KULIT LEBIH LEMBUT ! nampaknya amna sangat eksaited dan keterujaan dalam entry kali ni.haha.yelah cuba bayangkan kalau kulit kita tak berminyak mesti kering dan KASAR kan?bersisik pulak tu.so yeay lagi sekali umtuk sape sape yang sama dengan amna :)

next,TAHAN DENGAN PELBAGAI CUACA :) maksud amna kat sini,contoh kalau cuaca panas kan,mesti korang kena pakai pelembap muka so muka korang takde la kering sangat or bersisik.plus kalau kulit muka korang sensitif mesti kemerah merahan and menimbulkan keradangan.leceh kan ? tapi kalau muka korang berminyak,korang boleh wat cool je sebab muka berminyak sangat ohsem tak payah nak pakai pelembap ke ape :)

seee.korang patut bersyukur laa kalau kulit muka korang berminyak.korang kena la bertindak secara ohsem supaya muka korang nampak ohsem dan gojes ^^ haha.contohnya,pakai bedak johnson baby yang dalam botol tu je.bedak tu mempunyai kuasa penyerapan minyak yang ohsem ! haha.kalau tak caye try la kalau baju korang kena sambal ke ape kan,korang letak bedak johnson yang tabur tu kat tempat kena sambal then biar kejap pastu basuh.kompem kesan minyak takde.haha.

selain tu,amna selalu ada baby wipes dalam beg sebab kalau rasa tak selesa sebab berminyak sangat lap je muka dengan baby wipes tu.baby wipes tu ape pulak?haha.alaaa nak senang paham tisu lembap laaa.yang wangi pun adaa jual kat guardian tuu.pilih je nak yang mana.hehe.

ok.enuff with bebelan kecantikan dari amna :)