Wednesday, 20 June 2012

Kenapa Surah At-taubah Tiada Basmallah ?

Assalamualaikum.




entry ini merupakan perkongsian ilmu tajwid :)
baru baru ini amna ada join kelas tajwid yang taman perumahan amna buat.tempat dia sebelah rumah amna je.sebulan sekali akan ada kelas tajwid ini.amna pon turut join kelas ini sebab amna nak tambah ilmu dan ingat balik tajwid tajwid yang amna dah belajar masa sekolah dulu.


berbalik kepada tajuk,kenapa surah at-Taubah ni tiada Basmallah ? kenapa dan mengapa ? 
setiap sesuatu yang datang daripada Allah mesti ada sebab musababnya.sama2 kita teliti 
apa jawapan yang sebenarnya yang diulas dari ulamak berkenaan masalah ini.

menurut buku yang amna baca dan juga apa yang dikongsikan dalam majlis ilmu yang amna join tu,
para Ulamak juga sejajar berpendapat bahawa SUNAT membaca Basmallah di tiap tiap awal surah kecuali surah At-Taubah.hukumnya HARAM membaca Basmallah.

menurut Al-Imam Al Jazari yang bermaksud :

"Para Qurak (القرأ) sependapat membaca Basmallah di awal surah kecuali di awal surah التوبة ditegah"
Kenapa ditegah ? 


1.Basmallah tidak tertulis di awal At-Taubah.sebaliknya Basmallah tertulis di awal surah surah yang lain.


2.surah Bara'ah (At-Taubah) diturunkan waktu peperangan seperti yang ditegaskan oleh Ibnu Abas yang bermaksud :
"Aku bertanya kepada Saidina Ali kenapa tidak tertulis Basmallah di awal surah Bara'ah ,jawabnya kerana Basmallah itu aman sedangkan Bara'ah tidak aman kerana ia diturunkan di waktu peperangan"
Namun demikian sebahagian Ulamak berpendapat MAKRUH membaca Basmallah di awal Bara'ah dan SUNAT dipertengahan surah-pendapat الرملى

untuk lebih faham klik  sini :)

amna saja share kan ilmu ni,ustaz tu kata jangan lokek dengan ilmu :) hehe.kalau ada perkongsian lain boleh comment :) jangan lupa buat notes dalam Quran anda tentang perkara ini agar kita sentiasa ingat.cukup sekadar lekatkan sticky note di atas surah ini :)

oh ya ! ni lah buku yang amna rujuk tu 

ianya buku lama.abah amna punya mungkin

2 comments: