hai readers,bajet ramai yang baca lah amna oi emm.sempena cuti habis asasi yang panjang berjela macam lebuhraya PLUS tu *nonsense* amna saje nak try belaja photoshop :) DSLR ada,photoshop CS5 pon dah ada kat pc rumah ni so,apa lagi.yeah ! belaja belaja :) bokeh ni hape weyh ? amna first time denga pun amna tak tahu amende lah bokeh ni.kuih ke ? tempat berlibur ke hape ? HAHA. then tanye encik google yang sangat baik hati ni pasal BOKEH ! naahhh..ni ha bokeh . sila baca dan faham . kejap lagi try test power pulak :)
fotografi.yeah ! word bokeh ni sebenarnya berasal dari perkataan Jepun, 'BOKE' means kabur atau jerebu yang kini diadaptasikan dalam elemen fotografi yang bermaksud nilai estetika kawasan kabur dan mula digunakan oleh peminat seni fotografi masakini :)
Bokeh mula diperkenalkan pada tahun 1997 melalui majalah Photo Techniques oleh editornya pada ketika itu,Mike Johnson.
Namun, bokeh bukanlah hanya teknik fotografi yang mengaburkan bahagian latar belakang sahaja tetapi ia lebih kepada nilai atau suasana menarik di bahagian latar belakang.
Sebagai contoh, rakaman dilakukan dengan subjek berlatar belakangkan pancaran cahaya dari kejauhan atau kilauan matahari yang melalui celah-celah dedaunan.
Ini akan menghasilkan satu bentuk cahaya yang bulat dan menghasilkan efek yang menarik.
Untuk mendapatkan efek ini, lensa utama atau prime lens sering digunakan termasuk lensa yang mempunyai jarak fokus yang panjang.
Selain itu, bukaan (aperture) perlulah dibuka habis sebagai contoh lensa yang mempunyai bukaan terbesar f/1.8. Namun bokeh boleh terjadi dengan bukaan f/5.6 juga bergantung kepada kedudukan subjek dengan lensa dan juga keadaan latar belakang.
Apa kata, readers cuba rakamkan gambar yang mempunyai efek bokeh.
Gunakan bukaan paling besar yang ada pada lensa korang. Rapatkan subjek dan cari latar belakang yang bercahaya atau berlampu untuk mendapatkan efek menarik.
korang boleh menggunakan tetapan 'A' atau 'Av' pada kamera dan biarkan pengatup (shutter) ditentukan. Bagi mereka yang menggunakan tetapan manual, buka bukaan paling besar dan tentukan pengatup mengikut keadaan cahaya.
so sape sape yang selalu amek gamba gegar tak pun selalu kabur tu,SYABAS ! anda telah berjaya menggunakan teknik bokeh.hihihihi.
nak tengok cane hasilnya *ni amna amek dari pakcik google,dia yang bagi*.amna baru nak try buat.nanti dah jadi amna show off sikit.HAHA
tengok tengok ! ohh,fainted ! cantik dan ohsem gila sangat kan ? amna belaja guna youtube je,boleh ke ? oh,nanti abang amna balik umah amna tanya,dia hebat jugak photoshop ni.*rasanya fotografi penyakit keturunan femili encik mohmad lah :) abah pun masa zaman muda muda minat fotografi* heeeeee . bai,selamat mencuba
alaaa, dah biase dah buat bokeh ni..
ReplyDeleteatotot~
haha. maksud lain bokeh ialah sebutan BEKAS dalam bahasa n9 #wink2^^
HAHA.tulah.heboh org ckp bokeh bokeh.tu yg ak buat entry BOKEH ni.
ReplyDelete