Sunday 13 October 2013

tart telur idaman kalbu

hello cold world ! haha

sebab ramai yang tanya amna resepi tart telur yang sedap lagi menarik hati tu meh amna kongsi :

Bahan dough :
3 cawan tepung gandum
1 cawan margerine
3 sudu gula kaster
sebiji telur 

Bahan inti :
4 biji telur
1 cawan susu cair
1 cawan gula
1 cawan air 
3 sudu tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla 

Cara-cara membuatnya *skema ayat aku*

1.campur semua bahan dough dan uli sehingga jadi dough *amna guna tangan je tak guna mixer* and ketepikan
2.campur semua bahan inti and gaul guna pemukul telur manual *tak ingat aaa nama dia ape tapi tak guna mixer pun* (pastikan jangan berbuih just pukul sampai sebati je)
3.then letak la dough dalam acuan yang bunga2 tu,jangan tebal sangat jangan nipis sgt sebab dough dia rapuh bila dah siap bakar,cucuk sikit guna garfu before masuk oven utk elak dough menggelembung in 10 mins
4.then tuang inti dia jangan la penuh sgt,then bakar balik dlm masa 15 mins,oh yea suhu oven korang 180 je tau ! 
5.bila korang dah bau sedap semerbak kasturi means dah masak ah tu : boleh ngap ! 

haha,that's all sila lah mencuba ya !

No comments:

Post a Comment