Friday 8 February 2013

Launching the brand new me :)

Salam.
Eheh.tajuk kemain eh amna oi
Ni sambungan dari entry sebelum ni.cuti sem pun dah hampir melabuhkan tirai.sepanjang cuti ni macam macam dah amna buat.disamping mentry test resepi resepi baru ^^

First of all,amna menajamkan lagi skill kesurirumahan amna laa for sure :) wootwoot! keje keje rumah macam membasuh,sidai kain,sapu,mop,basuh pinggan dan sewaktu dengannya beress!sila nganga besar besar sekarang!haha.mak abah keje,so kene la buat kejekeje rumah sume ni.

Next.kawan amna since baby lagi,a.k.a qila ajak amna pegi belajar jahit baju.woaa!mula mula macam malas,ingat nak duduk rumah je.alaa nak jahit baju dengan mak amna boleh.tapi kalau dah blaja ngan mak sendiri mmg tak jalan lah kan.silap silap mak yang jahit sorang.so,amna join je laa atas dorongan mak abah :)

Class jahitan tu sukati kite la nak blaja bila.tapi kne byr yuran tahunan laa.seploh hinggit je.murah kan?hmm cikgu yang aja pun seporting macam mak mak kite jee.eheh.so pasni tiap kali cuti sem je amna akan blaja jahit.nampak tak persediaan disitu?persediaan ape?ehemmm

Buat masa sekarang ni amna blaja jahit baju kurung je.yang paling basic kan.tapi bukan senang tau.berpeluh jugak laa nak blaja.hee.tapi dalam masa sehari dah boleh potong kain.woaa!tapi dgn syarat for amatur macam amna ni guna kain cotton je la dulu.senang nak jahit.pastu kne sabar and enjoy menjahit.kalau stress nanti jahitan senget senget.

So sangat terisi ye kawan kawan cuti sem amna kali ni.*jogetjoget mengemas boleh.masak pun boleh *tapi masak lauk kne blaja lagi.menjahit pun bolehhh ! Malaysia boleh #eh hahaha.

*psst.first time published post dari fon ni.ahah.taktau rupe ape

No comments:

Post a Comment