Wednesday, 4 July 2012

nisfu syaaban

assalamualaikum.
alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi nikmat usia.dapat juga amna dan juga readers berjumpa dengan bulan syaaban 1433H ini :) 


*rindu meyambut nisfu syaaban di sekolah.hew ~


okay amna nak kongsi amalan amalan sunat yang boleh kita buat untuk kumpul pahala untuk masuk ke universiti ramadhan beberapa hari je lagi :) allahumma balighna ramadhan :) insyaAllah :) tak sabar nak sambut ramadhan sebab dah enam tahun sambut ramadhan di luar negara tidak bersama mak abah di rumah ! tahun ini insyaAllah sebulan penuh dirumah :) jika dipanjangkan umur.amin.


ok.kalau macam zaman sekolah dulu lepas asar atau selalunya selepas maghrib la sebab kehidupan asrama kan,petang petang tu lepas kelas semua macam tak bermaya ok itu alasan sebenarnya kitorang akan baca yaasin bersama sama kat surau :)


Para ulama biasanya membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali setelah selesai solat maghrib, dengan niat memohon dipanjangkan umur dalam mentaati Allah pada bacaan yang pertama. Kemudian dibacakan pula Yaasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatinya. Kemudian dibacakan pula Yasin serta diniatkan minta dimatikan dalam iman.


selain itu,pada malam nisfu syaaban adalah sangat baik dibanyakkan beristighfar dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil, dan meminta diampunkan Allah dosa-dosa ibubapa dan keluarga kita.

  •  Mohon keampunan dua ibubapa.
  •  Mohon keampunan dan taubat diri.
  •  Membaca al-Quran.
  •  Membaca Tasbih.
  •  Membaca Solawat atas Nabi.
  •  Berzikir
amalan solat sunat juga sangat digalakkan ketika malam nisfu syaaban :)

Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat. Hendaklah kita sentiasa menyegerakan amal taat, dan jangan sekali-kali menangguhkannya ke masa yang lain, kerana dalam menangguh-nangguh amal taat itu mengandungi bahaya.

Sabda Rasulullah S.A.W. :-

“Rebutlah peluang lima sebelum lima :


  • Masa muda sebelum tiba masa tua.
  • Masa sihat sebelum tiba masa sakit.
  • Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
  • Masa kaya sebelum tiba masa papa dan
  • Masa hidup sebelum tiba mati.”


so apa lagi kawan kawan,rebutlah amal sebanyak mana yang kita mampu,bertaubatlah kepada Allah atas dosa dosa kita yang banyak ini sebagai bekalan ke akhirat :) amna buat entry ni pun untuk mengingatkan diri amna yang terkadang leka dengan duniawi.semoga kita didalam redhaNya :) insyaAllah :)


pakcik google punya gamba*



hari ni kerja half day

belaja kereta untuk test esok :)

yusahhil ya Rabb !


1 comment: