Sunday, 29 July 2012

wishlist # 3

akhirnya jumpa yang kale merah ! oh baby come to mama ~ nak yang ni!nak laaa...hew~ encik duit cepatlah banyak =="



Friday, 20 July 2012

Ramadhan Kareem

salam ramadhan :)


ramadhan tiba ramadhan tiba ! lirik lagu opick


*teheee* alhamdulillah jumpa lagi ramadhan buat tahun ni.sesungguhnya sangat eksaited sebab sebulan penuh kat rumah ! 


semoga ramadhan kali ni lebih baik dari tahun lepas.jum kumpul pahala banyak banyak ramadhan kali ni ! insyaAllah.tapi kena ingat jugak.bulan puasa ni jugaklah nafsu membazir sangat sangat sayang dekat diri kita.so kena kawal sikit.lagi lagi bagi golongan macam amna yang lepas raya kena guna banyak duit sebab nak sambung belaja.huuuu.jangan makan banyak banyak time berbuka.jangan semangat nak beli baju raya je tapi puasa entah kemana.eheee.



again.selamat menjalani ibadah puasa ! k bai.assalamualaikum.

Tuesday, 17 July 2012

i am what i am :)

hamdalah :)
lepas jam yang amat teruk dari utara ke salatan,timur ke barat.dapat jugak amna kuar dari jam.HAHA.okay itu hiperbola.bukan apa,berjam jam try nk cek degree usim asik tak lepas ja.line busy lah.connection error lah.alahai.ramai sgt ke bebudak tamhidi tu.hew ~


tapi ape ape pun alhamdulillah :) amna dapat first choice :) *teheeee*
amna dapat sambung degree kat USIM jugak lah kan fakulti sains teknologi kos Bioteknologi Makanan :) fuhh.lega bila dapat cek.semangat nak cek lepas balik kerja.tapi takleh.haha.ramai jugak member kelas dapat kos sama :) best ah buleh buat geng lagi.HAHA.


alhamdulillah lagi sekali.pasni kena score tiap tiap sem :) empat tahun je.tak lama.oh ya ! congrates jugak kat sape sape yang dapat tawaran degree tu ye :) bagus bagus je amna denga member amna punye result ! yosh !! tak lupa jugak buat sape sape yang doakan amna tenkiu semoga Allah memberkati hidup kalian :)

Sunday, 15 July 2012

sanggup ?

assalamualaikum.
hai.penah denga pasal hero ?
bukan superman bukan spiderman dan bukan juga keluang man ! HAHA
ni pasal kisah seekor kucing nama hero.hari tu tengok tivi tiga rancangan takdir tu.cite pasal hero ni.sedih oii.
cer tengok video ni.serius amna nangis tengok video ni.amna pun ada kucing jugak tapi takde lah sampai sanggup potong kaki sebab curi ikan.kesian woo.kucing pun makhluk Allah jugak.kita share lah rezeki yang Allah bagi tu dengan haiwan haiwan lain jugak.kan seronok camtu.semua dapat rasa =.= 


serius wei.sedih gila tengok.menitis air mata.bayangkan kita manusia kat tempat hero ni.huuuu.sedih jugak kalau tengok orang ramai sepak anak anak kucing sesukahati,campak sini sana.heh.takleh la.even amna takde lah suka sangat dengan kucing berbanding abah mak abang dan adik,tapi amna sayang je diorang.bagi je makan.mandikan je.main je.rileks lah amna emo asal?HAHA

meh usha kucing amna kat rumah ni.currently ada tiga ekor :)

ini time kecik :) siap teddy tu.hamboi kau
dah besar ! nama dia Boo kawan amna panggil sawang.HAHA.sebab  bulu dia panjang dan grey :) 8 bulan already
motiff duduk situ oii ? HAHA.dalam basket is Bleaky si macho :)
this one Cak si kero & gedik 
haha.semua lelaki jantan.satu femili sayang woo dengan diorang ni.ditatang bagai minyak gamat yang penuh ! k bai.


Friday, 13 July 2012

kecelaruan minda pabila . . .

salam alaik ! 
kecelaruan minda bila apa ? 
bila budak budak kelas macam pergi pasar malam sambil buat jualan murah ! HAHA.
kan amna keje kat tadika :) dah dua minggu amna keje situ.alhamdulillah okay saje keje situ.teacher yang ada pun sporting ja :) teacher kat tadika tu altogether ada enam orang :) dua india,tiga melayu dan sorang cina :) satu malaysia wei.murid murid pun ada melayu,cina dan juga india :)
kelas petang,pagi tak sempat nak snap
ok.meh amna cite pengalaman keje amna setakat dua minggu.helleh kecoh!baru keje dua minggu dah update kat belog!HAHA.ade aku kesah? amna kan handle kelas lima tahun.kalau sesi pagi tu ada 22 orang dan mostly cina!melayu ada tujuh orang je,india dua orang dan yang lain cina!
hambek kau amna.acano nak handle?HAHA.mula mula memang pening kepala.hari first tu rasa macam nak berhenti kerja dah.tapi mak amna kata macam mana nak ada pengalaman kalau sehari dah nak stop?amna gigihkan jugak bangun pagi pagi pergi mandi pergi kerja kan.demi sebuah pengalaman kerja.ecehh ayat!
dalam kelas sejam yang pertama kitorang diorang akan sing many songs,poem,negaraku,prinsip negara dan baca chart kat dinding.selalu lepas buat semua tu amna akan main circle dengan diorang :) main la ABC ke 123.HAHA.seronok jugak.tapi part tak best lagi tak macho bila ada budak nangis,merajuk dan gaduh.adoii.pening kepala aaa.padahal kawan dia cuit sikit je dah nangis.tak sampai tiga minit dah sorang lagi pulak =.= sabar jelah :) time ni memang kecelaruan minda lah oii.rasa macam nak terjun KLCC pun ada.budak budak.nak marah kang lain pulak jadinya.layan je lah.kerja kat tadika ni jadikan sifat keibuan amna mengalir ke seluruh tubuh badan dan jiwa raga!*ewww geli ah amna oii*
ni budak sesi petang :)
lepas nyanyi dan main tu rest dan lepas rest baru lah start belaja :) amna ajar semua subjek kecuali bahasa cina :) hehe.time nak ngajar ni kena tegas sikit la.kalau tak diorang main main.lari lari lah.haish.diorang sangat suka colouring book ! asyik nak kaler je.siap nak homework lagi tu.tapi takde lah amna bagi colouring book je.yang lain belaja jugak.dalam pukul 11.45 am amna dah siap siap dah.diorang dah kena turun kat tivi room :) tempat diorang tunggu parents datang.katun dalam tivi tu asyik ulang ulang je sampai amna dah hafal wei.HAHA.
this one naufal and chee wai long yang errr ! penat teacher kejar sana sini tau :(
sesi petang start pukul 2.30 pm.sama je apa yang amna buat dalam kelas macam kelas pagi just budak je bertukar.kalau sesi petang ramai melayu.tapi sesi petang kelas amna campur budak kelas empat tahun.tapi empat tahun lima orang je.mereka sangat comelss.geram pulak.kadang kadang tu macam nak marah tapi tak jadi sebab tengok muka diorang tu.sejuk hati :) budak budak kan =.= lagi satu tak ohsem bila balik kerja je serius kelaparan yang amat dahsyat tahap ke lapan belas! HAHA.nasib baik mak sangat baik hati masakkan amna :) lebiu lah mak :) takut pulak nak timbang ! HAHA.


so amna nak pesan sikit laa kat bakal bakal parents atau yang dah jadi parents tu even anak anak dah pergi ke tadika balik rumah kena check jugak anak anak tu.dah pandai tulis ke belum.baca ok tak.jangan bergantung hundred percent kat cikgu tadika.kat tadika tu bukan satu cikgu untuk satu murid :) ibu bapa lebih penting peranannya :) sebab amna kesian tengok budak budak yang parents dia tak tengok pun dalam beg anak dia tu ada apa,tak check pun buku anak dia.pensel pun takde :( sedih kan ? teringat time amna kecik kecik.kalau sabtu ahad abah dengan emak mesti make sure pensel dah sharp :) pensel amna semua tajam wuuu.HAHA.


ok itu je nak share :) orang lain duk sebok post pasal result UPU.haha.rileks lah.usim belum keluar ag result kos :)

Thursday, 12 July 2012

Thursday, 5 July 2012

alhamdulillah terima kasih thank you !! :)

oh spanbob katun feveret :)

salam alaykum ! 
hye :)
harini mood sangat baik :) sampai macam nak joget joget.HAHA.


kan amna ada penah bagitau lima julai ni amna test jpj kereta kan ? kan ?
haaaa.amna dah pun lulus ! tak payah repeat ! alhamdulillah :) amna kalau kena repeat tak tau la bila sebab dah takde duit nak repeat.HAHA.


pagi tadi pukul lapan setengah abah hantar pergi kat driving school.ingatkan sikit orang.dah ramai rupanya.dalam hati nebes jugak la.tapi kene buat cool je lah.nak hambek lesen kan.kalau nebes nanti gelabah pastu haru pastu entah hape dibuatnya.so kene cool dan muka selamba badak je.macam hari hari latihan.


naik bukit dua kali.first naik tu kompiden lah konon tayar kat petak kuning,sekali cam nak terundur,tapi pakcik jpj yang promote besday dia harini tu suruh undur and buat lagi sekali.alhamdulillah amna pass ! then parking pun buat cool je lah.dah usaha yang terbaik sebelum ni.time buat parking tu tergelak sendiri sebab kali first buat parking time latihan amna langgar tiang ! boleh gelak gelak lagi tu.hew ~ second time pun amna langgar tiang lagi,dan tiang tu patah ! hadoi malu la sebab ada mamat hensem ohsem kat petak parking sebelah =.= siap senyum lagi tu time amna langgar tiang malu I tau ! then three pointer pon ok je :) jalan raya pun ok :) dapat jalan A.pakcik jpj tu pun cool je.tak garang pun.


pasni boleh dah drive pegi mana mana :) yeeehhhuuuu ! kalau abah kasi la

thanks kepada kawan kawan amna yang doakan amna untuk test tadi :) muah muah *geli gila*


********

DAN lagi satu yang best harini amna dapat hadiah dari juliet amna :) finally yeah !

hiraukan background.itu cadar time kanak kanak tapi ohsem :)


semangat lilot balut wei
macam layout blog amna kan ? :) ada burung biru
ini hasil amna bukak 
tenkiu lilot :) amna suka hadiah tu :) takpe la jangan cakap sorry lah :) lagipun perfume amna dah nak habis.baru cadang nak beli.tapi dapat pulak :) lagi satu terharu baca nota yang kau bagi tu :) macam nota nak exam.warna warni.tau la banyak kale megik.HAHA.




tada ! dua yang diatas lilot bagi amna :) tenkiu :)

this one yang dah nak habis tu

p/s : lilot ! thanks a lot.takpe lah tak dapat sepatu merah.this one i like ! good luck jugak lot ! take care :) nanti boleh jumpa kat kampus lah :) seriusly terharu baca nota kau ! huhuhu.

Wednesday, 4 July 2012

nisfu syaaban

assalamualaikum.
alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi nikmat usia.dapat juga amna dan juga readers berjumpa dengan bulan syaaban 1433H ini :) 


*rindu meyambut nisfu syaaban di sekolah.hew ~


okay amna nak kongsi amalan amalan sunat yang boleh kita buat untuk kumpul pahala untuk masuk ke universiti ramadhan beberapa hari je lagi :) allahumma balighna ramadhan :) insyaAllah :) tak sabar nak sambut ramadhan sebab dah enam tahun sambut ramadhan di luar negara tidak bersama mak abah di rumah ! tahun ini insyaAllah sebulan penuh dirumah :) jika dipanjangkan umur.amin.


ok.kalau macam zaman sekolah dulu lepas asar atau selalunya selepas maghrib la sebab kehidupan asrama kan,petang petang tu lepas kelas semua macam tak bermaya ok itu alasan sebenarnya kitorang akan baca yaasin bersama sama kat surau :)


Para ulama biasanya membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali setelah selesai solat maghrib, dengan niat memohon dipanjangkan umur dalam mentaati Allah pada bacaan yang pertama. Kemudian dibacakan pula Yaasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatinya. Kemudian dibacakan pula Yasin serta diniatkan minta dimatikan dalam iman.


selain itu,pada malam nisfu syaaban adalah sangat baik dibanyakkan beristighfar dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil, dan meminta diampunkan Allah dosa-dosa ibubapa dan keluarga kita.

  •  Mohon keampunan dua ibubapa.
  •  Mohon keampunan dan taubat diri.
  •  Membaca al-Quran.
  •  Membaca Tasbih.
  •  Membaca Solawat atas Nabi.
  •  Berzikir
amalan solat sunat juga sangat digalakkan ketika malam nisfu syaaban :)

Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat. Hendaklah kita sentiasa menyegerakan amal taat, dan jangan sekali-kali menangguhkannya ke masa yang lain, kerana dalam menangguh-nangguh amal taat itu mengandungi bahaya.

Sabda Rasulullah S.A.W. :-

“Rebutlah peluang lima sebelum lima :


  • Masa muda sebelum tiba masa tua.
  • Masa sihat sebelum tiba masa sakit.
  • Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
  • Masa kaya sebelum tiba masa papa dan
  • Masa hidup sebelum tiba mati.”


so apa lagi kawan kawan,rebutlah amal sebanyak mana yang kita mampu,bertaubatlah kepada Allah atas dosa dosa kita yang banyak ini sebagai bekalan ke akhirat :) amna buat entry ni pun untuk mengingatkan diri amna yang terkadang leka dengan duniawi.semoga kita didalam redhaNya :) insyaAllah :)


pakcik google punya gamba*



hari ni kerja half day

belaja kereta untuk test esok :)

yusahhil ya Rabb !


Monday, 2 July 2012

teacher-to-be ?

salam alaykum !
arini ari first keje :)


ape kaitan spanbob ngan tajuk tah*
ok amna baru start keje arini.kat taska.nama taska tu Taska Seri Sinaran ~
ape yang amna buat time hari first ?
opkos lah observe cikgu yang amna akan take over class dia nanti.
amna keje start pukul 8.30 sampai 5.30
sebenarnya class dia dua sesi.sesi pagi dan petang.
amna akan handle kelas lima tahun :) nasib baik dapat lima tahun.kalau dapat empat or tiga tahun tak ke haru ?


kalau sesi pagi tu ramai budak budak cina.entah ape dia merepek bahasa cina,amna mana belaja mandarin.adoy laa =.= budak budak melayu tak ramai sangat.
sesi petang baru ramai melayu.


ok esok amna handle class sorang sorang ! again.SORANG SORANG ! children,please be kind to teacher ok ? hew ~ bayangkan lah.amna dengan budak budak tu pun macam sama besar je.HAHA.nak garang ke tak ea ? teacher akma cakap kena garang sikit lah.kalau tak nanti lain pulak jadinya.


ape ape pun.doakan amna baik baik aje yee :) kau ingat senang jadi cikgu tadika ni ? kena la banyak banyak sabar sikit dan kena kuat semangat ! =.=

Sunday, 1 July 2012

keriangan bersama

salam alaykum ! 
since a picture worth a thousand words,here you go ~



kawan kawan amna yang semakin gojes dan ohsem :)

sesi men'duck'kan mulut
this is what we call 'ade aku kesah ?'
purple is gojes,both pink are sweet


tengok tengok ! ohsem kan.

cuti cuti amek upah jadi duta colgate :)
alo comel comel



memang suka lepak kedai yang open camni.kalau duduk dalam memang satu kedai suara kitorang je.

so amna ada 12 thousand words :)