Showing posts with label reminder. Show all posts
Showing posts with label reminder. Show all posts

Friday, 6 September 2013

Mimpi

"Kak,bangun kak"

"Kak,bangun solat subuh kak"

Terus tersedar dari tidur,aku mimpi rupanya

Malam tadi aku mimpi

ada seorang kawan(perempuan) dari sekolah yang bertanya --amna,nak tau tak hubungan kau dengan Allah macam mana ?

Aku pun mengangguk,dia suruh aku pandang tepat pada matanya,lantas aku pandang

Dia merenung tajam,lepas tu dia terus bersembang macam biasa,gelak gelak and makan makan.

Sebelum aku nak balik dia bisik kat aku,amna teruk amna :( muka dia berubah

Aku berasa takut dan memohon dia supaya menegur aku jika terlihat aku berbuat tidak elok :(

Mimpi tadi seolah olah ingin mengingatkan aku,aku lalai kah dengan suruhan Allah ? Ya Allah aku takut :( sungguh :(

Tuesday, 16 July 2013

1434 ramadhan

Dah lame tak hapdate.

Okay secara jujur aku mcm malas pulak lah nak hapdate, sebab? Sebab aku hado stegremm and aku fanatik.huu

Ok stop.

Ramadhan dah.raye belum.haaa,dua tahun aku ramadhan kat rumah ni.sonok aaa,nak makan ape bgtau mak,inshaallah mak buatkan.tak ke seronok begitu ? Jangan cemburu :p

Semakin umur aku bertambah,semakin aku rasa aku lebih menghayati bulan mulia ni,dulu fikir nak ghayo je,sekarang tak dah *tapi fikir gak pasal baju ghayo*

So,aku harap korang,termasuk aku laa manfaatkan bulan mulia ni,kita mesti kena ada impian yang dosadosa kita diampunkan dan keluar dari bulan mulia ni dgn harapan dosa diampunkan semuanya dan penuh dengan amalan kebaikan dalam diri :)

Wednesday, 4 July 2012

nisfu syaaban

assalamualaikum.
alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi nikmat usia.dapat juga amna dan juga readers berjumpa dengan bulan syaaban 1433H ini :) 


*rindu meyambut nisfu syaaban di sekolah.hew ~


okay amna nak kongsi amalan amalan sunat yang boleh kita buat untuk kumpul pahala untuk masuk ke universiti ramadhan beberapa hari je lagi :) allahumma balighna ramadhan :) insyaAllah :) tak sabar nak sambut ramadhan sebab dah enam tahun sambut ramadhan di luar negara tidak bersama mak abah di rumah ! tahun ini insyaAllah sebulan penuh dirumah :) jika dipanjangkan umur.amin.


ok.kalau macam zaman sekolah dulu lepas asar atau selalunya selepas maghrib la sebab kehidupan asrama kan,petang petang tu lepas kelas semua macam tak bermaya ok itu alasan sebenarnya kitorang akan baca yaasin bersama sama kat surau :)


Para ulama biasanya membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali setelah selesai solat maghrib, dengan niat memohon dipanjangkan umur dalam mentaati Allah pada bacaan yang pertama. Kemudian dibacakan pula Yaasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatinya. Kemudian dibacakan pula Yasin serta diniatkan minta dimatikan dalam iman.


selain itu,pada malam nisfu syaaban adalah sangat baik dibanyakkan beristighfar dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil, dan meminta diampunkan Allah dosa-dosa ibubapa dan keluarga kita.

  •  Mohon keampunan dua ibubapa.
  •  Mohon keampunan dan taubat diri.
  •  Membaca al-Quran.
  •  Membaca Tasbih.
  •  Membaca Solawat atas Nabi.
  •  Berzikir
amalan solat sunat juga sangat digalakkan ketika malam nisfu syaaban :)

Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat. Hendaklah kita sentiasa menyegerakan amal taat, dan jangan sekali-kali menangguhkannya ke masa yang lain, kerana dalam menangguh-nangguh amal taat itu mengandungi bahaya.

Sabda Rasulullah S.A.W. :-

“Rebutlah peluang lima sebelum lima :


  • Masa muda sebelum tiba masa tua.
  • Masa sihat sebelum tiba masa sakit.
  • Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
  • Masa kaya sebelum tiba masa papa dan
  • Masa hidup sebelum tiba mati.”


so apa lagi kawan kawan,rebutlah amal sebanyak mana yang kita mampu,bertaubatlah kepada Allah atas dosa dosa kita yang banyak ini sebagai bekalan ke akhirat :) amna buat entry ni pun untuk mengingatkan diri amna yang terkadang leka dengan duniawi.semoga kita didalam redhaNya :) insyaAllah :)


pakcik google punya gamba*



hari ni kerja half day

belaja kereta untuk test esok :)

yusahhil ya Rabb !


Wednesday, 20 June 2012

Kenapa Surah At-taubah Tiada Basmallah ?

Assalamualaikum.




entry ini merupakan perkongsian ilmu tajwid :)
baru baru ini amna ada join kelas tajwid yang taman perumahan amna buat.tempat dia sebelah rumah amna je.sebulan sekali akan ada kelas tajwid ini.amna pon turut join kelas ini sebab amna nak tambah ilmu dan ingat balik tajwid tajwid yang amna dah belajar masa sekolah dulu.


berbalik kepada tajuk,kenapa surah at-Taubah ni tiada Basmallah ? kenapa dan mengapa ? 
setiap sesuatu yang datang daripada Allah mesti ada sebab musababnya.sama2 kita teliti 
apa jawapan yang sebenarnya yang diulas dari ulamak berkenaan masalah ini.

menurut buku yang amna baca dan juga apa yang dikongsikan dalam majlis ilmu yang amna join tu,
para Ulamak juga sejajar berpendapat bahawa SUNAT membaca Basmallah di tiap tiap awal surah kecuali surah At-Taubah.hukumnya HARAM membaca Basmallah.

menurut Al-Imam Al Jazari yang bermaksud :

"Para Qurak (القرأ) sependapat membaca Basmallah di awal surah kecuali di awal surah التوبة ditegah"
Kenapa ditegah ? 


1.Basmallah tidak tertulis di awal At-Taubah.sebaliknya Basmallah tertulis di awal surah surah yang lain.


2.surah Bara'ah (At-Taubah) diturunkan waktu peperangan seperti yang ditegaskan oleh Ibnu Abas yang bermaksud :
"Aku bertanya kepada Saidina Ali kenapa tidak tertulis Basmallah di awal surah Bara'ah ,jawabnya kerana Basmallah itu aman sedangkan Bara'ah tidak aman kerana ia diturunkan di waktu peperangan"
Namun demikian sebahagian Ulamak berpendapat MAKRUH membaca Basmallah di awal Bara'ah dan SUNAT dipertengahan surah-pendapat الرملى

untuk lebih faham klik  sini :)

amna saja share kan ilmu ni,ustaz tu kata jangan lokek dengan ilmu :) hehe.kalau ada perkongsian lain boleh comment :) jangan lupa buat notes dalam Quran anda tentang perkara ini agar kita sentiasa ingat.cukup sekadar lekatkan sticky note di atas surah ini :)

oh ya ! ni lah buku yang amna rujuk tu 

ianya buku lama.abah amna punya mungkin

Thursday, 14 June 2012

Tudung dan Kenapa ?

Assalamualaikum.


kenapa dengan tudung ?well,act amna saja nak post mende sebagai peringatan diri sendiri dan juga sapa sapa yang membaca blog amna ni :) semoga bermanfaat.
hokay.sekarang ni macam macam fesyen tudung ada kan ? tudung corak printed lah,bawal obama lah,tudung indon,macam macam lagi . kalau amna nak mention satu satu memang tak habis.amna pun sampai dah tak tahu fesyen apa lagi yang ada.serius kadang kadang amna tengok macam over pulak fesyen berhijab sekarang ni.ye,amna pun kadang kadang terikut jugak dengan fesyen fesyen tudung sekarang ni.tapi amna takde lah sampai over sangat berfesyen *yeke ?* HAHA.


sekadar peringatan dan juga perkongsian.jangan lah pakai tudung itu semata mata terikut dengan  fesyen sekarang.ikhlaskan hati pakai tudung tu ye.amna tak tipu,perempuan yang pakai tudung adalah yang paling cantik.serius wei tak tipu.sejuk mata memandang :) 
masa di tamhidi dulu,ada kaum adam yang menegur tentang tudung.mereka kata jangan pakai tudung yang jarang ketika datang kuliah ataupun kelas.yelah material tudung yang banyak di pasaran sekarang ni kan jarang yang boleh menampakkan leher especially tudung bawal.so ape 'solution'nya ? takkan nak beli tudung baru ? takkan nak sedekahkan tudung kat sapa sapa ?naah,kan ada jual inner tudung  ? pakailah inner tersebut,so takdelah nampak leher.tak panas pun.amna pun pakai inner kalau pakai tudung bawal yang agak jarang.kalau dah pakai inner tu pakai lah kemas kemas.jangan nampak selekeh pula.


lagi.em labuhkan sikit tudung korang kat bahagian depan tu.kene tutup bahagian dada.oh malu lah kalau tudung singkat sangat.serius amna pun malau nak pandang perempuan yang pakai tudung singkat sangat.kalau labuhkan sedikit kompem comel.ini serius.tak tipu jugak.


surah An-nur (24) ayat 31 (tafsir ar-rahman)

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."



so,sama sama lah kita memperbaiki diri sendiri untuk menjadi yang lebih baik dan juga mengejar keredhaan dariNya :)